17 March 2010

Pengalaman memiliki Kawasaki ER6N

Setakat kini, telah hampir sebulan aku memiliki motosikal Kawasaki ER6N yang menjadi idaman aku selama ini. Sebelum ini aku ada membuat post tentang idaman untuk memiliki motor tersebut. Kemudia, aku membuat post tentang impian aku tercapai memiliki motosikal Kawasaki ER6N.

Kali ini aku ingin menceritakan pula pengalaman aku setelah sebulan menggunakan motosikal idaman ini. Aku pasti, Kawasaki ER6N ini bukan sahaja idaman aku seorang tetapi ramai lagi yang berimpian untuk memiliki motor ini. Dengan kuasa 650cc, pemanduan pasti lancar. Reka bentuk yang senang ditunggang memberi kelebihan kepada aku mencelah di kesesakan kota. Ekzos yang senyap juga menjadikan motosikal ini bergerak tanpa gangguan.


Namun begitu, apabila pemanduan yang laju, aku dapat rasakan angin yang begitu kuat melanggar badan aku. Walaupun motosikal aku telah dipasang windshield, tetapi angin masih kuat melanggar badan aku. Oleh itu, aku perlu rendahkan sedikit badan apabila pemanduan laju.

Perlu diingatkan juga, pemakaian motosikal berkuasa tinggi ini perlu mempunyai modal yang agak tinggi. Malah ia lebih tinggi berbanding kereta. Sebelum ini aku pernah tukar set spoket dan memakan kos sebanyak RM400. Belum lagi dibandingkan dengan motosikal yang berkuasa 1000cc yang mana harganya RM700. Motor aku di insurance kan sebanyak RM22,000 dan kos insurance ialah hampir RM900.

Setakat ini, aku masih belum memiliki aksesori sepenuhnya sebagai penunggang. Aku akan cuba dapatkan secara berperingkat-peringkat. Ini kerana buat masa terdekat, aku belum merancang untuk ride yang jauh. Kegunaan harian ialah untuk ke tempat kerja.

Kepada yang berminat untuk memiliki Kawasaki ER6N, teruskan niat anda. Adalah berbaloi memiliki motosikal ini dengan kos yang sederhana. Jika dibandingkan dengan motosikal berkuasa tinggi jenama lain seperti Yamaha, Suzuki, BMW atau lain-laian, Kawasaki adalah harga yang terendah. Kos spare part juga adalah lebih murah dann mudah untuk didapatkan.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kawasaki ER6N, sila rujuk forum er6.my-forums.net dimana para pemilik ER6N banyak menyampaikan info tentang motosikal ini.

3 comments:

  1. ER-6n is a lower range superbike in naked class. I think it is not suitable for a long distance ride. Walaupun dah tambah accessori nak kurangkan rintangan angin, tetap rasa tak best sebab kita ride the machine with body upright unlike the sports and supersports where we can lean our body. My friend said that ER-6 ni sesuai for a beginner. And normally, these beginners will quickly trade-in for another more powerful, probably in the Supersport class. Saya rasa saudara pun bakal berbuat begitu jugak, kan? Tapi tak per, sebab rasa-rasanya harga motor-motor gini tak mudah jatuh.

    Saya ni tak der lesen B Full tapi dah banyak membaca pasal Superbike nih. Saya tak nak jadi a typical lady who only knows how to ride but knows nothing about the maintainance and the handling of the machine. Kena lah tau selok belok jugak, kan?

    ReplyDelete
  2. Betul tu Shuana, untuk untuk pemanduan laju mmg agak kurang sesuai utk ER6N tetapi perjalanan jauh ia agak baik kerana kedudukan badan yang agak releks. Cuma angin agak kuat jika terlalu laju.
    Apa yang best tetang ER6N? Penggunaan di laluan sesak seperti KL sangat baik kerana saya tiada masalah untuk menciluk. Pernah juga tanya pendapat pengguna Superbike 1000cc yang mana penggunakan di KL kurang sesuai kerana temperature mudah naik. Ia lebih kepada pemecutan.
    Untuk upgrade, ia bermula dengan kehendak yang mana apabila memakai 650, pasti akan ingin upgrad ke lebih besar sehingga tidak tahap kemampuan maksimum. Kebiasaan faktor kewangan menjadi faktor utama kerana bukan sahaja harga motor yang perlu difikirkan tetapi maintained, insurance, minyak dan kos-kos lain.
    Semasa membeli motor ER6N, saya pun belum memiliki lesen B full. Sila rujuk pengalaman saya mengambil lesen B Full. Jika dirujuk pada mudah.my, jualan motor ER6N pun dah bekurangan berbanding semasa saya membeli dulu. Jumlah ahli FERNO (ER6 Forum) telah bertambah dengan mendadak.

    ReplyDelete
  3. Saya pun sama cam Shuana, study dulu betul2 ttg ER6 ni sebelum beli. Iyer lah, harga walaupun murah dalam kelasnya tetapi masih memerlukan kos yang tinggi. Selain kos motor, kos2 lain perlu difikirkan ialah insurance dan roadtax, maintenance lain seperti service, tayar, spoket yang perlu ditukar. Boleh rujuk forum ER6 yang banyak memberi panduan kepada owner.

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon