25 March 2010

Info tentang zakat

SYARAT WAJIB ZAKAT

Islam.
Merdeka.
Sempurna Milik.
Hasil usaha yang baik sebagai sumber zakat.
Hasil usaha tersebut termasuklah pendapatan dan pengajian yang merangkumi upah, gaji, bonus, elaun, komisen, pemberian, ganjaran profesional, hasil sewaan, perkhidmatan dan sebagainya. Pendapat para fuqaha' menyebutkan semua hal berkenaan pendapatan dan penggajian disebut sebagai 'mal mustafad' iaitu perolehan baru yang termasuk dalam takrifan sumber harta yang dikenakan zakat.
Cukup nisab.
Nisab bagi zakat pendapatan adalah berasaskan kepada nilai 85 gram emas harga semasa, memandangkan pendapatan biasanya diterima dalam bentuk mata wang yang disandarkan kepada emas.
Cukup haul.
Jangka masa setahun adalah jarak untuk mempersatukan semua hasil-hasil pendapatan untuk pengiraan zakat pendapatannya. Dalam hal ini, apa yang lebih penting ialah seharusnya zakat pendapatan ini dilihat dari segi persoalan harta perolehan atau penghasilan dan bukannya harta wang simpanan ini bersesuaian dengan tuntutan dan roh Islam terhadap kewajipan berzakat.


KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT

Terdapat 3 garis panduan mengira zakat pendapatan

KAEDAH 1

2.5 % atas jumlah pendapatan kasar setahun (jika pendapatan tersebut melebihi nisab)

CONTOH:

Jika jumlah kasar dari sumber setahun ialah sebanyak RM33,800.00, maka zakatnya sebanyak RM33,800.00 x 2.5 % = RM845.00

 
KAEDAH 2

Membayar zakat setelah menolak perbelanjaan-perbelanjaan asas yang dibenakan (berlandaskan kaedah penolakan yang dibenarkan)

KAEDAH 3

Membayar zakat setelah mengambil kira tanggungan sebenar.


CONTOH PENGIRAAN ZAKAT MENGIKUT KAEDAH 2 DAN 3

 
A. Pendapatan Dari Semua Sumber (setahun)        

RM
Gaji         24,000
Elaun         5,800
Bonus         4,000
Lain-lain         5,000
JUMLAH PENDAPATAN         38,800
 
B. Perbelanjaan Yang Dibenarkan (setahun)        

RM
Diri         8,000
Isteri         3,000
Anak-anak (1,000 x 4 orang)         4,000
Pemberian IbuBapa         2,400
Caruman KWSP         2,400
Caruman Tabung Haji         600
Caruman kepada institusi / koperasi yang telah memberi zakat bagi pihak ahli.         1,200

JUMLAH TOLAKAN
        21,600
 
C. Pendapatan Bersih Yang Layak Dizakat (A-B)         RM
RM38,800 - RM 21,600
Nilai melebihi paras nizab, (contoh: nisab bagi tahun 2006 (April) = RM 6,297.96)         17,200
 
D. Zakat Yang Wajib Dibayar (C x 2.5%)         RM
RM17,200.00 x 2.5%         = RM 430.00


NOTA:

   1.Perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak dalam jadual di atas adalah berdasarkan kaedah penolakkan yang dibenarkan (berdasarkan kaedah kedua).

   2.Bagaimanapun perbelanjaan bagi diri, isteri dan anak boleh diambil kira tanggungan sebenar (berdasarkan kaedah ketiga) iaitu mengambil kira perbelanjaan asasi bagi makanan, pakaian, perubatan, pengankutan, pendidikan dan tempat tinggal.

   3. Pemberian kepada ibu bapa, caruman KWSP, caruman Tabung Haji, caruman kepada institusi/koperasi yang telah membayar zakat bagi pihak ahli hendaklah berdasarkan kepada jumlah sebenar.

sumber : http://www.e-zakat.com.my/baru/


EmoticonEmoticon