09 March 2010

I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair

Saya ingin ke Gatsby Deodorant Street Fair

Jom ramai ramai-ramai ke Gatsby Deodorant Street Fair yang pasti memberi banyak infomasi dan keriangan kepada anda. Gatsby Deodorant Street Fair akan diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh: 17 April 2010
Tempat : Ruang Legar Berjaya Time Square, Kuala Lumpur
Masa : 10.00 pagi - 5.00 petang

Apa yang menarik di di Gatsby Deodorant Street Fair?
  • Terdapat pelbagai gerai mainan yang akan didirikan semasa ‘Street Fair’
  • Pelbagai aktiviti akan diadakan semasa acara Gatsby Deodorant Street Fair. Ada yang seringkas  membaling getah hinggalah ke aksi-aksi yang  melucukan dan menggeli hati  seperti bergusti sumo dalam beg udara oleh para peserta. Peserta permainan ini akan memenangi mata dan anda boleh menebus mata ganjaran yang terkumpul dengan barangan menarik dari Gatsby!!
  • Semua peserta yang terlibat dan mengambil bahagian dalam permainan layak untuk menyertai  cabutan bertuah.  Antara hadiah-hadiah yang bakal dimenangi melalui cabutan bertuah adalah barangan elekteronik, komputer,telefon bimbit  dan baucar tunai berjumlah lebih dari RM 15,000!
  • Para blogger akan berkumpul di 'Street Fair' dan ini peluang untuk berjumpa rakan-rakan blogger yang lain
Oleh itu, saya pasti akan ke sana untuk menyertai semua jenis permainan yang ada di 'Street Fair' dan cuba menenangi seberapa banyak hadiah( Jika menang :) ) Seperti acara-acara sebelum ini kelolaan Nuffnang, pasti acara 'Street Fair' ini memberi keseronokan kepada peserta dan pengunjung!

Anda bagaimana? Jom bersama saya dan blogger lain untuk menikmatai kemeriahan acara ini. Saya jamin pasti acara ini memberi penuh maklumat dan kemeriahan kepada peserta dan pengunjung!

Bagaimana hendak ke Gatsby Deodorant Street Fair?
Terdapat beberapa pengangkutan yang boleh anda gunakan ke Berjaya Time Square, Kuala Lumpur. Antaranya adalah seperti berikut:
  • - Monorail - sila turun di hentian Stesen Imbi
  • - Menggunakan perkhidmatan bas atau teksi - pemandu pasti mengetahui Berjaya Time Square
  • - Memandu - menuju ke Jalan Imbi

    Berikut adalah alamat Berjaya Times Square:
    1, Jalan Imbi, 55100 Kuala Lumpur
    Peta ke Berjaya Times Square:
    (Link peta)


    Maklumat lanjut mengenai Gatsby Deodorant Street Fair boleh didapati di www.gatsby.com.my/streetfair

    3 comments:

    1. mm best..
      cam biasa kelolaan Nuff, mesti gempak..!

      ReplyDelete
    2. tumpang parking..
      jemput ke blog aku..
      jg psl gatsby street fair..
      http://arsyadhuruhara.blogspot.com/2010/03/im-going-to-gatsby-deodorant-street.html

      ReplyDelete


    EmoticonEmoticon