31 March 2010

Berada di Hotel Peninsula

Minggu ini aku berada di Hotel Peninsula, Jalan Semantan, Kuala Lumpur mengikuti satu mesyuarat bermula Selasa hingga Khamis. Hotel ini amat menarik dan cantik dari segi kekemasan dalaman. Ini adalah kali pertama aku berada di hotel ini. Semalam semasa ke sini, aku terlepas masuk simpang dan terpaksa membuat pusingan U.

Hotel ini mungkin kurang pengunjung kerana ia agak jauh dari Pusat Bandar Kuala Lumpur. Namun begitu, pengunjung yang tidak sukakan kesibukan kota, boleh menginap di sini.

Untuk ke bilik, aku perlu menggunakan 2 kad, satu untuk naik lift dan satu lagi untuk masuk ke bilik. Apa yang aku suka tentang hotel ini ialah biliknya yang sungguh kemas dan cantik. Permandangan bilik aku ialah hutan simpan Kuala Lumpur.

Kemudahan WIFI disediakan hanya di lobi dan bilik mesyuarat. Makanan disediakan juga adalah baik.


EmoticonEmoticon