Aku mula keliru dalam membina web www.kaone.org
Setelah 2 hari setup dengan web yang terbaru akan aku bina. Ia bermula apabila script yang aku guna tidak berfungsi sepenuhnya. Ia mungkin kerana hosting yang aku sewa tidak support sepenuhnya script. Oleh kerana itu, ada componen yang tidak berfungsi. Ia mula melemahkan aku kerana beberapa kali cuba membuat penambahbaikan tetapi akhirnya gagal.
Kemudian aku memadam script tersebut dan cuba dengan cript yang lain. Konsep yang berlainan tetapi aku tidak beberapa suka dengan konsep tersebut. Ia terlalu ringkas dan sumber juga adalah terhad. Setelah beberapa seketika, aku kembali memadam script tersebut. Aku perlu kembali kepada konsep yang aku ingin ketengahkan "komuniti". Aku lebih sukakan konsep komuniti kerana ianya bebas dan tidak terikat dengan konsep tertentu sahaja.
Sememangnya aku tahu, konsep komuniti adalah sukar untuk bersaing dengan web yang begitu megah dan perkasa seperti facebook, myspace, friendster, atau lain-lain. Bukan itu matlamat aku kerana aku hanya ingin mewujudkan komuniti kecil sahaja. Sesuai dengan hosting yang aku gunakan iaitu pakej bajet sahaja.
Harap script yang terbaru aku upload ini boleh memenuhi citarasa dan konsep yang cuba aku ketengahkan. Hilangkan keliru aku....!!
EmoticonEmoticon