Trip to Sarawak - Day 1
Trip kami bermula pada Sabtu lepas pada jam 10.30 pagi bertolak ke LCCT. Kami tiba di LCCT pada jam 11.30 pagi. Tiket penerbangan ialah jam 1.50 petang. Kami bertolak lebih awal untuk mengelak daripada berlaku kelam kabut. Seperti biasa, parking di LCCT amat sukar pada hari-hari hujung minggu. Setelah beberapa kali berpusing, akhirnya ada kereta yang keluar dari parking. Rate parking di sini 17 - 24 jam ialah RM 36.50 dan boleh guna Touch & Go atau cash. Kami lepak lama di LCCT sementara menunggu waktu chek in dan berlepas.
Semasa di udara, kami memesan beberapa jenis makanan. Walaupun harga berlipat kali ganda tetapi pengalaman makan di udara lebih berharga (rasa sama jer, heheheheh)
Setelah hampir 2 jam, akhirnya kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, Sarawak. Kami pun menunggu van yang telah kami sewa dari http://zamtransport.blogspot.com. Tempahan awal telah dibuat melalui emel dan telefon.
Kami seterusnya ke Tune Hotel yang berada di Water Front, Kuching, Sarawak untuk check in. Tune Hotel telah ditempah awal melalui internet dan rate untuk 3 hari dan 3 malam ialah RM 280.00 termasuk aircond 12 jam dan 2 tuala. Bilik agak kecil dan tiada kemudahan TV dan almari. Hanya tempat gantung pakaian disediakan. Bilik sesuai untuk tidur dan mandi.
Setelah selesai check in, kami meneruskan trip kami ke Indian Street. Kami meninjau kedai sepanjang jalan tersebut dan sempat membeli beberapa pakaian untuk kenang-kenangan.
Seterusnya kami ke Pasar Satok untuk membeli Ikan turbuk masin. Setiap hari minggu terdapat pasar tani di kawasan tersebut. Pelbagai hasil tanaman, ternakan, ikan dan lain-lain yang dijual di pasar tersebut. Paling menarik ialah harganya begitu murah!
Pada malam tersebut, kami ke restoran Ayam Penyek Raja untuk makan malam. Menariknya di situ ialah apabila anda duduk, beberapa pelayan akan ke meja anda membawa pelbagai menu. Rupanya terdapat gerai yang berasingan di situ. Oleh itu, anda boleh memesan apa sahaja makanan yang ada di situ.
Setelah selesai, kami kembali ke Hotel. Kemudian, kami berjalan kaki di sepanjang sungai untuk melihat kawasan sekeliling water font.
EmoticonEmoticon