Impian memiliki Kawasaki ER6n tercapai
Sebelum ini, aku ada post tentang impian untuk memiliki motor Kawasaki ER6n. Akhirnya impian tersebut menjadi kenyataan. Ia bermula dari iklan mudah tentang motor tersebut dengan harga yang menarik. Setelah membuat temujanji untuk melihat motor tersebut di Puchong kerana bro Sham owner motor tersebut berada di Puchong. Kami berjanji di Stesyen Minyak Petronas. Setelah membelek-belek motor tersebut, perjanjian pembelian selesai.
Aku mengambil masa dalam 2 minggu untuk proses loan termasuk cuti Tahun Baru Cina. Nasib baik bro Sham yang jenis memahami kerana proses yang agak lama. Akhirnya, aku selamat mendapatkan motor tersebut pada Jumaat lepas. Selepas habis kerja, kami ke Puchong untuk mengambil motor tersebut. Bro Sham rupanya telah mendapatkan motor baru sebelum proses jual beli selesai iaitu Kawasaki Z750. Z750 sememangnya lebih menarik dan mantap. Patut bro Sham betul-betul hendal ,let go, motor ER6N. Proses pertukaran nama akan dibuat pada Isnin ini.
Terdapat beberapa free gift telah diberikan oleh Bro Sham seperti Helmet, kunci rantai, jacket kawasaki, dan aksesori yang dah ada kat moto seperti penahan angun GIVI dan getah penahan jatuh. Terima kasih Sham sebab aku suka sangat dengan helmet tu.
Pengalaman pertama kali membawa motor ER6N ialah bangga kerana impian tercapai! Walaupun masih agak kekuk dengan suasana motor baru kerana sebelum ini hanya memiliki moto kapcai! Dengan kawalan yang jauh berbeza, aku masih takut-takut untuk menguji kuasa sebenar.
Secara keseluruhan, aku masih berpuas hati dengan keadaan motor tersebut dengan harga jualan. Apa yang paling penting, impian tercapai!
Salam bro...
ReplyDeletegua pn minat gok dgn superbike nie...
tp masih muda...bljr pn xhbs lg...
td aku tnmpk Aprilia RS125 2009...
harga dlm 18k je...
aku yakin boleh kumpul...
ape pndpt bro pasal motor nie?
mmg r cc die kck...tp cun je...
gua cuba cr harga utk motor y baru...tp xjumpa plok..
bro wase hagar motor nie ok x?
moto aprilia adalah moto yang cantik dan bergaya. walaupun cc nyer kecik tetapi kuasa sebenar melebihi motosikal cc 150. sememangnya buatan itali bukan sahaja cantik tetapi amat bagus. RS125 2009, 18k kira ok. tp kena teliti juga dari segi milage, exciden free, dan lain-lain.
ReplyDeletesebagai panduan, mengguna motor berkuasa besar atau import, kos yang perlu dipikirkan juga ialah maintenance. kos rutin yang perlu dimabil kira seperti roadtax dan insurance, service, tayar, set spoket dan lain2 yang biasanya perlu diganti. Ini belum lagi dikira dengan aksesori yang berkaitan.
sekiranya bro masih study, adalah galakkan tangguhkan dulu niat bro kerana ia mungkin menambah kos hidup melainkan family bro boleh support. Jika tidak, bro boleh tunggu setelah mendapatkan pendapatan tetap dan mampu. Jadikan minat bro sebagai pembakar semangat bro untuk mendapat pendapatan yg baik dan mampu memiliki motor idaman. Kebiasaan, apabila memilki superbaike, kita akan sentiasa tidak puas dan akan cuba untuk upgrade.
Harap ini memberi imspirasi kepada bro untuk memiliki superbike.
mekasih bro....
ReplyDeletedh jumpa dh harga Aprilia y baru...dlm RM23k...
loan 80%...bulanan : RM277(7thn)...tp smalam duk survey2 jumpa plok Yamaha YZF R125...mcm aprilia gok...125cc...bentuk mcm R6...tp syg motor tu xde dlm malaysia...minat mmg mbara...lg pn skunk tgh buat byk projek design...income pn alhamdulillah r...buleh tahan...pape pn mekasih bro atas nasihat & pandangn bro...
sama-sama..
ReplyDeletekalau berkemampuan, apa salahnya memilikinya..
lg pun kalau pakai bwh 250cc x perlu upgrade lesen..:D
harap impian bro tercapai..cam impian aku gok.. hehehe
amin...mekasih bro...
ReplyDelete