30 June 2012

Hotel Impian Morib, Pantai Morib, Banting, Selangor

Pada Isnin hingga Khamis lepas, aku ke Hotel Impian Morib, Banting Selangor untuk menjayakan satu program. Oleh kerana 1 Februari hari cuti umum Wilayah Persekutuan, aku pun bertolak agak lewat sedikit iaitu selepas Magrib. Sedangkan ini kali pertama aku akan ke Impian Morib, tetapi aku pakai redah sahaja. Sebelum itu, aku cuba mendapatkan gambaran ke sana menggunakan Google Maps.



Perjalanan waktu malam bagi kawasan yang anda tidak kenali amat menyukarkan. Aku tidak beberapa pasti laluan yang aku cuba dapatkan dari Google Maps tersebut. Oleh itu, aku tersasar ke Pusat Bandar Klang, Selangor. Nasib baik tidak terlajak ke Pelabuhan Klang. Ini kerana dari Kuala Lumpur, memang tiada papan tanda arah ke Morib dan Banting. Oleh sebab itu, aku merujuk papan tanda ke Klang. Bila masuk pusat bandar Klang, jalan pun sesak dan papan tanda amat mengelirukan. Akhirnya, aku hanya berpegang papan tanda ke arah Banting sampailah terjumpa papan tanda ke Morib. Malam tu aku tiba di hotel dalam jam 10.30 malam.

Perjalanan yang paling mudah ke Morib ialah menggunakan Lebuhraya Kesas jika dari Kuala Lumpur. Ikut papan tanda ke Klang dan sebelum sampai Klang, akan ada satu susur ke Banting. Ikut papan tanda ke Banting dan kemudian akan ada papan tanda menunjukkan ke Morib setibanya di Banting. Impian Morib Hotel mudah ditemui kerana ia berada di jalan utama Morib.

Hotel Impian Morib mempunyai keunikkan tersendiri. Biliknya bersih dan menarik. Ruang bilik air juga adalah luas dan selesa. Terdapat 3 jenis bilik di ini iaitu Deluxe, Superior dan Chalet. Ratenya pula antara RM 220 - RM 250 semalam .

Sepanjang di sini, tidak kelihatan pengunjung yang walk in tetapi ia menjadi tumpuan untuk mengadakan kursus atau bengkel.

Beberapa kemudahan di sini yang menarik minat aku seperti WiFi, Gimnesium, Kolam, Pusat rekreasi dan sukan.Hotel ini mengadap laut tetapi tiada pantai kerana hujung laut telah dibina benteng simen. Sesuai untuk kaki pancing di sini. Makanan yang disediakan juga memuaskan.

3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. macam mana nak buat tempahan penginapan di hotel morib ni.Tolong emailkan pada saya di azah_qila@yahoo.com secepat mungkin . terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Address : Lot 183 & 184, Jalan Morib 42700 Banting Selangor
    Tel No. : +603-3198 2070
    Fax No. : +603-3198 2346

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon