28 February 2010

Cosmo's World Theme Park

Semalam, kami sekelurga ke Berjaya Time Square, Kuala Lumpur untuk bersantai-santai sambil berhibur di taman tema dalam yang terbesar di Malaysia. Tiket masuk untuk hari minggu/cuti ialah RM37 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak-kanak. Kepada yang mempunyai kad seperti Jusco kad, layak menerima diskaun 15%. Jumlah tiket masuk kami selepas diskaun untuk 2 dewasa dan 2 kanak-kanak ialah RM 108.

Kami memulakan permainan di ruangan kanak-kanak. Apa yang best di sini, pengunjung tidak terlalu ramai walaupun hari minggu berbanding dengan Genting Highland. Setiap permainan tidak perlu menunggu terlalu ramai. Permainan untuk kanak-kanak tidak terlalu banyak dan juga untuk permainan keluarga. Tetapi permainan untuk orang dewasa lebih banyak dan juga menarik.


Azfar dan Azwar puratanya hanya bermain sekali sahaja setiap permainan. Kami keluar dari taman tema tersebut jam 6.30 petang. Untuk makluman, anda boleh keluar dan masuk kembali ke taman tema tersebut untuk sekali sahaja. Oleh itu, jika anda lapar, boleh keluar untuk makan di luar kerana makanan di dalam taman tema agak mahal dan tidak banyak pilihan.

Untuk parking di Berjaya Time Square ialah maksimum sehari untuk hari minggu ialah RM 10 dan RM 7 untuk hari biasa. Oleh itu, tiada halangan untuk anda berada lama di taman tema.

Tips untuk bermain:
- pastikan anda telah makan dan minum sekurang-kurangnya 15 minit sebelum bermain
- pastikan anda tidak mengandung
- membawa panadol atau minyak angin
- berehat sebentar selepas setiap permainan
- bermain secara kumpulan (lebih ramai rakan, lebih seronok)
- mulakan dengan permainan yang mudah hingga susah (ringan - dasyat)


EmoticonEmoticon