05 February 2010

Adab membuang air kecil

Adab membuang air kecil adalah sebagaimana berikut ;

i. Mendahulukan kaki kiri ketika masuk tandas dan keluar dengan mendahulukan kaki kanan.
ii. Tidak menghadap kiblat.
iii. Bukan di dalam lubang yang dihuni oleh haiwan.
iv. Berada di tempat tertutup.
v. Berdehem bagi melawaskan air kencing.
vi. Dilarang membawa masuk ayat suci al-Quran ke dalam tandas.
vii. Dilarang membuang air kecil di bawah pokok yang berbuah dan tempat berteduh.
viii. Dilarang membuang air kecil di tempat air yang bertakung.

Walau bagaimana pun kebanyakan adab-adab yang disebut adalah adab-adab yang perlu dititikberatkan sekiranya membuang air di luar kawasan binaan tandas.
Perkara tersebut kemungkinannya boleh memberi mudarat kepada diri dan orang lain, dilihat orang dan sebagainya

Dipetik dari: malaysiaria.ning.com

1 comment:


EmoticonEmoticon