04 January 2010

Starz Garden, Sogo, Kuala Lumpur

Pasaraya SOGO, Kuala Lumpur terkenal dengan tempat membeli-belah untuk semua masyarakat. Kompleks yang terdiri daripada 8 tingkat ini menyediakan pelbagai kategori barangan yang terdiri daripada barangan lelaki, wanita, kanak-kanak, peralatan rumah, produk kecantikan, sukan, alatan elektrik, permaianan dan sebagainya.

Jika musim jualan murah, pastikan anda datang lebih awal kerana anda mungkin akan dikejutkan dengan jumlah pengunjung yang ramai. Sekiranya anda mempunyai anak kecil, pasti tidak sesuai untuk membawanya membeli belah di Pasaraya SOGO. Namun begitu, dengan adanya Starz Garden, anda tidak perlu lagi risau untuk membeli belah di Pasaraya SOGO.



Starz Garden ialah pusat permainan kanak-kanak yang diuruskan oleh Starz Studio Sdn Bhd. Starz Garden terletak di tingkat 7, bangunan SOGO. Waktu perniagaannya adalah sama dengan waktu perniagaan pasaraya SOGO.

Menariknya Starz Garden ialah kemudahan yang disediakan kepada pengunjung. Starz Garden menyediakan pelbagai permaianan kanak-kanak yang pastinya tidak membosankan. Starz Garden juga menyediakan ruangan menonton televisyen di dalam bilik yang mana cerita kanak-kanak akan dipasang. Bilik menonton di lengkapi dengan bantal dan tilam yang membolehkan anak-anak anda berehat jika kepenatan bermain. Starz Garden juga mempunyai 'cafe corner' sekiranya anak anda lapar atau dahaga. Tandas kanak-kanak juga terdapat dalam kawasan Starz Garden.


Anda tidak perlu risau sekiranya meninggakan anak anda di Starz Garden kerana terdapat 3 hingga 4 orang pembantu yang sentiasa mengawasi anak-anak anda. Pembantu Starz Garden sememangnya terlatih sentiasa ceria dan komited terhadap tugas.

Bayaran Starz Garden adalah berpatutan iaitu RM 6 sejam dan pemegang kad SOGO layak menerima 1 jam percuma. Lebih penjimatan sekiranya anda menggunakan kad prabayar iaitu RM 45 untuk 10 jam dan kad prabayar tersebut tiada tarikh luput.

Tahap keselamatan anak-anak anda juga adalah terjamin kerana pintu utama sentiasa berkunci dan dikawal sepenuhnya oleh Pembantu Starz Garden. Setiap ibubapa perlu mengisi borang pendaftaran masuk denga mengisi maklumat berkaitan dan juga 4 digit nombor rahsia untuk digunakan semasa mengambil anak anda. Seandainya terdapat sebarang masalah semasa peninggalan anak anda di Starz Garden, ibubapa akan dihubungi dengan segera. Bagi kanak-kanak bawah 3 tahun, pengawasan orang dewasa diperlukan sepanjang berada di Starz Garden.


Berikutan gejala H1N1 dimasa kini, anak-anak anda akan diambil suhu badan dan tangan perlu dicuci denga 'sanitizer' sebelum masuk ke kawasan permainan sebagai langkah-langkah keselamatan.

Berdasarkan pengalaman, anak-anak aku tidak pernah bosan sepanjang berada di Starz Garden dan malah amat sukar untuk ajak pulang. Anak-anak aku sungguh berseronok dengan permainan yang terdapat di situ.

Untuk maklumat lanjut mengenai Starz garden, anda boleh layari laman web Starz Garden atau ke Starz Garden, Tingkat 7, Kompleks SOGO, Kuala Lumpur.





Sila undi jika anda sukakan artikel ini:


EmoticonEmoticon