27 January 2010

Peringatan apabila berkhemah di tepi sungai/air terjun

Punca atau sumber kepala air:

1.Hujan dihulu sungai dengan kadar luar biasa, akibat daripada itu itu akar pokok tidak dapat memainkan peranan menahan air untuk diserap kedalam tanah maka ia terus melimpah dan masuk kesungai dengan banyak.

2.Berlaku tanah runtuh akibat pembalakan atau semulajadi, pokok-pokok yang dipotong dibiarkan atau runtuhan semulajadi menumbangkan pokok dan ini akan menghasilkan empagan-empagan kecil yang menakung air. Kesannya, jika ia tidak dapat menahan tekanan untuk menakung air ia akan pecah dan berlakulah limpahan air yang besar.

3.Hujan dikawasan tanah tinggi (gunung)lebih dari kebiasaan, walaupun akar pokok memperlahankan proses air mengalir kesungai namun jika hujan berlaku lebat dan lama, maka air akan melimpah masuk kesungai dengan kadar yang banyak dan laju.

4.Jika berlaku empagan pecah dan gempa bumi (jarang berlaku).

Cara mengesan jika dijangka akan berlaku.

1. Jika anda mandi disatu kawasan sungai atau air terjun (terutama musim hujan), lihatlah sekeliling kawasan cuba cari sebarang tanda yang menunjukan paras air yang melimpah dikawasan tersebut. Selepas itu buatlah suatu tanda aras selamat contoh mengguna kayu atau batu sebagai penunjuk samada air naik atau tidak.

2.Dengan melihat perubahan kepada warna air dan arus yang mengalir, jika air bertukar warna dari jernih menjadi keruh juga arus bertampah kuat lebih baik anda naik.

3.Kadangkala air tidak menjadi terus keruh, tetapi perubahan kepada deras air akan berlaku. Jika anda merasakan tekanan kepada kaki, seperti tengelamnya  ia didasar sungai (akibat pasir )maka naiklah kedarat .

4.Dengan melihat kearah hulu sungai atau puncak atau lembah pergunungan, lihatlah pergerakan awan, jika mendung kemudian keputihan (bermakna hujan) maka buatlah penilayan anda sendiri samada selamat atau tidak untuk beriadah disungai.

Apa patut buat jika ia berlaku(menyelamatkan diri):

1-Jika sedang berenang atau berkhemah,carilah kawasan yang selamat terbaik dikawasan tinggi dan jauh dari sungai.

2-Jika sedang melintas sungai kerana 'treakking', secara berkumpulan  bantulah rakan yang berada ditengah-tengah untuk melintas secepat mungkin, yang belum melitas berpatah balik dan carilah tempat selamat contoh berlari naik kekawasan tinggi atau memanjat pokok yang difikirkan selamat (besar)

3-Andai kata tidak bernasib baik, berpautlah pada pokok, ranting atau apa saja dan bertawakalah atau ikut sahaja arus itu dan cari peluang untuk berenang ketepi.

4-Jika ada mangsa yang boleh diselamatkan, gunakanlah tali atau kayu untuk menolong meraka ketempat selamat. Jangan berenang untuk menolong kerana sangat merbahaya. Ini disebabkan jika kepala air berlaku, kebiasan ia kan membawa sekali kayu atau pokok yang tumbang batu dan pasir dan ini akan megakibatkan kecederaan yang teruk jika terkena.

5-Yang terakhir mintalah bantuan pasukan penyelamat contoh SMART atau tunggu sahaja keadaan pulih kepada asal dan carilah jalan keluar.

Pengalaman lusuh menghadapi sendiri dua peristiwa berlakunya kepala air:

Pertama berlaku di Gunung Ledang pada tahun 1988, semasa itu menjadi fasalitator untuk satu program perkhemahan untuk remaja peringkat negeri Johor. Dihari kejadian berlaku hujan yang amat lebat dan lama. Oleh kerana itu program terpaksa di tunda. Sedang lusuh terlena, terasa sesuatu bergegar dikemsite dan apabila lusuh pandang kearah sungai, lusuh amat terkejut kerana melihat air bergulung-gulung mengalir deras. Kekuatannya hingga boleh mengegarkan kemsite kami. Tapi kami bersyukur kerana semua peserta selamat. Selepas 1jam ia berlaku, datang pasukan penyelamat (Bomba) kerana diceritakan ramai orang terperangkan di bahagian atas (kolam puteri).

Keduanya berlaku di Air Terjun Lepor Hulu Langat . Berlaku pada tahun 2000 atau 2001. Masa ini Lusuh meneman kawan menjadi guide untuk  satu kumpulan dari kelang dan Shah Alam. Kejadian kepala ini berlaku diwaktu petang dan selepas hujan yang agak lama dari pagi hingga ke petang. Kejadian berlaku dengan pantas, tetapi bersyukur semuanya selamat. Lihatlah gambar dibawah untuk melihat betapa kuatnya jika kepala air berlaku.


            Keindahan Air Terjun Lepor sebelum berlaku kepala air

                                     Air mula keroh dan air mulai deras...

                                             Ia mula bertambah kuat.......

                               dan bertambah kuat dan kuat lagi............


Sekian sahaja yang dapat dicatitkan semoga kita mendapat sedikit ilmu darinya. Jika anda pergi mandi kesungai atau berkhemah di tepi sungai, berkhelah atau sebagainya, sentiasalah berhati-hati agar pergi dan balik anda dalam keadaan ceria selalu

Dipetik dari: malaysiaria.ning.com


EmoticonEmoticon