05 January 2010

Penapis air Coway

Bulan lepas, aku baru sahaja melanggan Water Dispenser Coway untuk kegunaan harian. Aku telah diperkenalkan produk ini semasa ke Tesco Ampang yang mana diadakan promosi Coway di sana. Sebelum ini, sememangnya aku bercadang untuk mendapatkan water dispenser berserta penapis untuk kegunaan harian. Pada ketika itu, aku menggunakan water dispenser tanpa penapis jenama Elba. Setiap kali air kurang, aku perlu membuat tambahan air secara manual. Agak leceh tetapi amat diperlukan untuk membuat susu anakku dan air minuman.



Dengan penapis dan water dispenser Coway, aku tidak perlu lagi menambah air secara manual kerana saluran paip terus disambungkan. Sistem penapisan sungguh berlainan kerana penapis air biasa hanya terus menapis tetapi sistem penapis Coway, ia mempunyai sistem water flow iaitu air yang kotor akan keluar ke saluran kedua.


Water dispenser ini terbahagi kepada 3 jenis air iaitu panas, normal dan sejuk. Untuk membuat susu, aku perlu memasukkan sedikit air panas dan dicampur dengan air normal. Untuk minuman segera, aku tidak perlu lagi menggunakan ais kerana airnya cukup sejuk.

Teknologi yang moden juga menarik minat aku untuk menggunakan produk ini iaitu ia menggunakan touch button yang mana untuk mendapatkan air, anda hanya perlu menyentuk butang sahaja. Sekali tekan, air akan berhenti secara automatik dan jika untuk jumlah yang banyak, sentuh sedikit lama untuk mengeluarkan air secara berterusan. Ia juga dilengkapi dengan sistem penjimatan elektrik yang mana terdapat sensor mengesan cahaya. Jika lampu dipadamkan, tahap sejuk dan panas akan dikurangkan yang mana boleh mengurangkan penggunakan elektrik.

Pembayaran pula, aku mengambil pakej sewaan bulanan iaitu RM 110 sebulan. Semasa pendaftaran, aku perlu mebayar RM 200 iaitu kos pendaftaran dan bayaran bulan pertama. Bayaran bulanan akan dibuat melalui potongan bank. Aku memilih jenis sewaan kerana dengan sewaan aku tidak perlu fikir mengenai servis dan penukaran penapis. Ia telah tertakluk dalam sewaan dan servis akan dilakukan setiap 2 bulan sekali.

Aku difahamkan, jenama Coway antara jenama yang terkenal di Korea.

Post ini tidak bertujuan untuk mempromosi dan jika anda ingin maklumat lanjut, sila berhubung dengan pengedar sah atal layari laman web Coway.


3 comments:

  1. kepada sesiapa yang berminat buleh lah email pada saya di coway@dzuar.com

    ReplyDelete
  2. terima kasih joe. setakat ini, servis coway mmg cun. recommended kepada semua

    ReplyDelete
  3. terima kasih mr coway..
    setakat ini, berpuas hati dengan servis yg disediakan..
    Tak der diskaun ke apa ke tolong promosi ni? hehehehe

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon