08 January 2010

Menonton Alvin & Chipmunks 2 di KLCC



Pada Ahad lepas, kami sekelurga ke KLCC untuk menonton Movie Alvin & Chipmunk di TGV pada jam 1.30 petang. Tiket telah dibeli melalui online seperti sebelum-sebelum ini untuk mengelakkan kesesakan membeli tiket.

Cerita ini adalah kegemaran Azfar dan Azwar dan aku pun turut meminati cerita ini. Kebetulan kami memang memiliki cerita Alvin & Chipmunk yang pertama dan agak selalu menonton movie tersebut. Jadi tak sabar untuk melihat Alvin & Chipmunk yang kedua ini.


Secara keseluruhan cerita ini amat menghiburkan dengan plot yang menarik. Banyak slot yang membuatkan penonton ketawa. Cerita ini juga sesuai untuk tontonan sekeluarga.

Kami pasti beli DVD cerita ini apabila keluar kelak.



EmoticonEmoticon