10 January 2010

Melawat kedai Harley Davidson KLCC

Petang tadi semasa menunggu wayang bermula, kami sempat menjenguk kedai Harley Davidson KLCC. Kami tertarik dengan motosikal yang ditayangkan. Cun habis!
Masa tu, Azfar dan Azwar yang lebih exited melihat motor tersebut.
Kalau ikutkan hati, memang teringin nak pakai motor easy rider Harley tetapi apakan daya, poket belum mengizinkan. Jika dilihat post aku sebelum ini tentang motor idaman, aku rasa lebih praktikal motor tersebut. Motor mewah seperti Harley ini sesuai untuk weekend ride. Mungkin selepas aku pencen, aku milikinya untuk ride masa lapang. Amin...


1 comment:


EmoticonEmoticon