20 January 2010

Hotel Putra, Kuala Lumpur

Minggu ini aku ada program di Hotel Putra Kuala Lumpur. Oleh kerana di Kuala Lumpur, aku tidaklah menginap hanya berulang dari rumah ke hotel tersebut. Namum begitu, bilik aku guna untuk solat dan berehat waktu rehat tengah hari.


Hotel Putra Kuala Lumpur terletak di Jalan Tun Razak dan berdepan dengan Institut Jantung Negara. Pengunjung yang pertama kali ke Hotel ini tiada masalah untuk mencarinya kerana ia berada betul-betul di jalan utama dan oleh itu ia mudah untuk dijumpa.

Hotel ini amat bersih dan makanan juga terdapat banyak pilihan. Jika anda ke Kuala Lumpur bolehlah ke Hotel ini untuk mencuba. Hotel ini dalam kategori 3 bintang dan sesuai untuk mereka yang berpendapatan sederhana.



EmoticonEmoticon