03 January 2010

Balik Kampung Terengganu

Pada Rabu lepas, aku sekeluarga pulang ke kampung aku di Kuala Terengganu sempena cuti tahun baru. Perjalanan bermula jam 10.00 pagi selepas Azfar dan Azwar bangun dari tidur. Sebelum itu, kami singgah dahulu di nasi lemak kukus Melawati untuk bersarapan.

Kami berhenti seketika di Hentian Temerloh, Pahang untuk berehat, melepaskan hajat dan membeli bekalan makanan untuk makan sepanjang perjalanan. Biasanya beli asam la kerana boleh mengurangkan mengantuk memandu. Azfar dan Azwar seperti biasa, jika ada kedai mainan, habis lah.... comfirm kena beli mainan. Kali ini jam Ben 10 jadi mangsa... (aku sebenarnya mangsa..wawawawwa)

Setiba sampai ke Kuala Terengganu, kami sempat singgah dulu di Kompleks Kraf Noor Arfa di Chendering, Kuala Terengganu. Namun begitu hanya dapat singgah sekejab kerana kedai akan tutup pada jam 6.00 petang.

Keesokannya kami kembali lagi untuk melihat kehebatan sale sehingga 70% seperti kain rentang. Kebanyakan produk Noor Arfa balik menawarkan potongan 10 - 30 % tetapi untuk 50 - 70 % untuk produk jenama lain. Aku sempat beli 1 baju batik yang dikategorikan stok lama yang mana harga asal RM499 tetapi selepas potongan hanya RM 100. Malangnya hanya sehelai sahaja yang ada, dan dengan pantasnya aku membelinya.

Kami seterusnya meneruskan perjalanan ke pusat bandar Kuala Terengganu. Dalam perjalanan ke sana, kami terserempak dengan bas bandaraya yang membawa pelancong mengelilingi sekitar Kuala Terengganu.


Kami kemudiannya melalui pantai Batu Buruk. Hanya untuk lalu sahaja dan melihat permandangan sekeliling. Hari biasa, tidak ramai pengungjung kecuali hari cuti umum.




















EmoticonEmoticon