20 December 2009

Tips berpindah ke Kuala Lumpur

Berpindah ke Kuala Lumpur mungkin sesuatu yang sukar terutama kepada warga luar bandar. Pelbagai cerita mesti telah diterima dari rakan-rakan, saudara mara atau dari media-media tentang tinggal di Kuala Lumpur. Sebagai ibu kota Malaysia, sepertinya bandaraya memiliki beribu ragam keadaan. Oleh itu, anda yang akan berpindah untuk menjadi warga metropolitan Kuala Lumpur harus bersedia dari segi fizikal dan mental untuk mengelak wujudnya kejutan budaya.

Berikut tips-tips yang boleh anda fikir-fikirkan sekiranya akan berpindah ke Kuala Lumpur:

  • Penempatan - Pertama yang anda perlu fikirkan apabila berpindah ialah rumah penginapan. Sama ada menyewa atau membeli rumah, anda perlu merujuk kepada kemampuan dan keselesaan. Kos rumah di Kuala Lumpur adalah tinggi berbeza dengan kawasan luar bandar. Untuk pangsapuri, kos sewaan antara RM 400 - RM 800 sebulan, apartment pula RM 500 - RM 1000 sebulan, kondominium ialah RM 800 - 2000 sebulan dan rumah teres dari RM 1000 - RM 3000 sebulan. Harga sewaan bergantung kepada kawasan perumahan tersebut.

  • Kemudahan - Adalah penting untuk anda melihat kemudahan di kekitar kawasan anda seperti pengangkutan, jalan raya, hospital/klinik, kedai/pasar, balai polis, sekolah, masjid/surau dan sebagainya untuk kemudahan harian anda. Tempat-tempat yang memiliki kemudahan seperti ini menjadi tumpuan penduduk Kuala Lumpur. Oleh itu, dari segi kepadatan penduduk adalah tinggi bagi kawasan sebegini dan harga rumah atau sewaan adalah tinggi berbanding kawasan lain.

  • Masyarakat - Adalah penting hidup bermasyarakat tidak kira dimana anda berada. Mungking kesibukkan tugasan di bandar menyukarkan anda untuk berhubung dengan masyarakat sekitar. Namum begitu, masih ada ruang untuk anda bergaul mesra dengan masyarakat di sekitar kediaman anda. Anda boleh sertai persatuan penduduk yang rata-rata ditubuhkan di setiap kawasan perumahan. Persatuan ini akan mengadakan aktiviti yang boleh mengeratkan hubungan masyarakat sekitar. Anda juga boleh menyertai aktiviti keagaman di kawasan sekitar perumahan anda seperti masjid dan surau, kuil, gereja atau sebagainya. Anda juga perlu sentiasa bertegur sapa dengan jiran-jiran anda. Sebagai warga kota, anda tidak boleh hanya memikirkan diri anda dan keluarga sahaja. Warga Kuala Lumpur adalah saling berhubung kait antara satu sama lain. Oleh itu, Kuala Lumpur boleh berkembang dengan uniknya. Dalamnya terdapat pelbagai bangsa, budaya, pekerjaan, sumber, masyarakat, pendidikan, perubatan dan sebagainya. Setiap elemen tersebut mempunyai ciri-ciri tersendiri. Oleh itu, dalam setiap tingkah laku anda berpandukan kepada satu masyarakat.

  • Keselesaan - Keselesaan penting untuk memastikan anda boleh tinggal aman dan damai di Kuala Lumpur. Keselesaan ini merakumi kesemua aspek seperti kawasan perumahan, tempat kerja, jarak, kemudahan dan lain-lain lagi. Anda mungkin selesa apabila anda boleh berehat dengan tenang di rumah, atau anda mungkin selesa apabila boleh memandu dengan lancar ke tempat kerja, atau anda selesa boleh mendapatkan bekalan rumah dengan mudah atau anda amat selesa dengan masyarakat sekitar anda dan sebagainya.

  • Sayangi Kuala Lumpur - Adalah tanggungjawab semua warga kota Kuala Lumpur untuk menjaga keindahan dan kedamaian bandar Kuala Lumpur. Oleh itu, pastikan anda tidak melakukan sesuatu yang boleh merosakkan bandaraya Kuala Lumpur seperti membuang sampah merata-rata, vandalisme, tidak mematuhi undang-undang dan sebagainya.
Terdapat pelbagai lagi perkara yang boleh anda ambil perhatian apabila berpindah ke Kuala Lumpur. Semuanya anda akan temui apabila telah berpindah di Kuala Lumpur. Pastikan anda dapat menyelami dan menjadi sebahagian dengan warga Kuala Lumpur.

Sila undi jika anda sukakan artikel ini:


EmoticonEmoticon