07 December 2009

Terkandas di KLIA

Hari ini agak malang buat aku kerana jadual perjalanan ke Kedah sepatutnya jam 1.50pm tetapi tiket tempahan aku telah tersilap. Tiket tersebut ke Kuala Terengganu..wawawawa!!!

Dah la aku sampai di KLIA jam 12.30pm, bila ubah tiket ke Kedah, hanya ada untuk jam 8.00pm sahaja. Apa nak aku buat selamat hampir 8 jam ni?

Bateri laptop pun dah warning, cari plug di KLIA punya lah susah. Kaki pun dan penat berjalan sekitar KLIA. Nampaknya jika tidak jumpa plug ni, tidur lah aku diatas kerusi ini. Tiada lagi aktiviti yang perlu aku lakukan. Jika kanak-kanak, boleh juga aku join budak-budak tu bermain di tempat permainan kanak-kanak. Macam seronok jer..

Pengajaran buat aku: semak tiket betul-betul!! Sekarang siapa yang susah? Aku jugak....

Jika korang mengalami nasib seperti aku nanti, stanby air minuman dan makanan (makan di sini mahal, bawa minyak urut (urut kaki lenguh), bawa laptop dengan extension plug dan bekalan-belakan yang sesuai.

3 comments:

  1. singgah japp... ciannya.. anyway bosan2 or kalau free mintak tolong isi survey.. thanks...

    http://peribadiz.blogspot.com/2009/12/jom-survey-nuffnang.html

    ReplyDelete
  2. CIANNNNN dier!! hehehehehe..
    tak pe.. sekali sekala dok kat terminal tu..
    baru dapat menikmati erti sebuah bangunan!! hehehe...
    cantikkan? kena berterima kasih pada sape yang mereka tempat tu!!
    heheheheh

    ReplyDelete
  3. iyer la.. mmg kecian..
    dah la sorang diri.. busan giler..
    mmg pengalaman.. tp pengalaman tak best!! tp boleh kenal KLIA dengan lebih rapat. cuma tak dapat mengorat pramugari jer..hehehe

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon