17 December 2009

Rasa cam kurang sihat

Korang mesti selalu mendapat tanda-tanda awal nak demam atau akan demam?
Sekarang aku pun dah boleh agak akan demam kerana tanda-tanda awal telah dapat dirasai. Antara tanda awal yang aku terima ialah badan kurang selesa, tekak kering dan rasa sakit, badan lemah dan tidak bertenaga.

Apa yang aku buat ketika ini ialah mengambil panadol supaya aku tidak terus demam. Berdasarkan cubaan-cubaan sebelum ini, ada yang berjaya dan ada juga yang tidak. Sebabnya jika badan kita memang hendak demam, buat macam mana pun, pasti demam. Cuma sekurang-kurangnya aku mencuba.

Perkara lain yang aku lakukan juga dengan minum air suam seberapa banyak dan cuba keluarkan peluh dengan banyakkan berjalan dan membuat kerja-kerja boleh mengeluarkan peluh.

Harap-harap aku tidak demam. Doa-doakan yerk...


EmoticonEmoticon