20 December 2009

Menangi hadiah di blog for Federal Territory

Menangi hadiah-hadiah menarik setiap bulan dan hadiah utama seperti berikut:


Menarik tak hadiah tersebut? Bayangkan kalau anda memenangi hadiah tersebut. Setakat ini, penyertaan amat menggalakan. Jika anda mempunyai topik yang menarik mengenai pertandingan, cuba-cubalah nasib anda. Mana tahu ada rezeki anda dalam pertandingan tersebut. Berikut maklumat mengenai peraduan yang dinyatakan:

Peraduan Blog4FT

Blog4FT ialah sebuah peraduan untuk menggalakkan masyarakat umum untuk berblog berkenaan Wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Matlamat-matlamat peraduan

Matlamat-matlamat peraduan ini ialah:-

  • Untuk menghasilkan gegaran internet berkenaan Wilayah-wilayah Persekutuan (WP).
  • Untuk menanam semangat 1Malaysia.
  • Untuk menjadi sebuah alat promosi dan pemasaran yang berkesan untuk Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan.
  • Untuk membuahkan lebih kefahaman dan memberi lebih pendedahan tentang aktiviti-aktiviti positif yang dilakukan oleh individu-individu, badan-badan amal dan kumpulan-kumpulan di dalam Wilayah-wilayah Persekutuan.
Topik-topik Blog

Berbloglah secara positif berkenaan mana-mana aspek Wilayah-wilayah Persekutuan; kehidupan, warisan, alam semulajadi, sejarah, senibina atau apa-apa tajuk yang menarik minat anda.

Tempoh Peraduan

Peraduan ini bermula pada 5 Oktober, 2009 dan berakhir pada 5 Januari, 2010.

Kategori-kategori

Peraduan ini terbahagi kepada 4 kategori:

  • Warganegara Umum Malaysia – Kategori ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali mereka yang teramsuk di dalam kategori-kategori Media Malaysia atau Remaja.
  • Remaja – Kategori ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur bawah 18 tahun pada 31 Disember 2009.
  • Media Malaysia – Kategori ini terbuka kepada semua kakitangan Syarikat-syarikat Media Malaysia yang berdaftar dengan Kerajaan Malaysia.
  • Antarabangsa – Kategori ini terbuka kepada individu bukan warganegara Malaysia.
Untuk maklumat lanjut, sila lawat laman web berikut:


EmoticonEmoticon