24 December 2009

Makan malam di Old Town, Wangsa Maju


Malam yang lepas, kami sekeluarga ke Old Town Wangsa Maju iaitu bersebelahan dengan Taman Seri Rampai, Setapak. Ini kali ke dua ke situ dan sebelum ini untuk bersarapan. Old Town di sini lebih selesa kerana tempat letak kereta yang mudah dan ruang restoran yang selesa. Restorannya 2 tingkat. Boleh berada di dalam ruang berhawa dingin atau kawasan terbuka. Jika perokok, boleh berada di kawasan terbuka di tepi kedai dimana boleh menikmati permandangan sekitar Wangsa Maju.

Menariknya Restoran Old Town ini ialah konsep kopitiamnya yang mana gabungan ciri-ciri restoran lama dan moden digabungkan. Malah, restoran berkonsepkan kopitiam semakin diterima oleh masyarakat kota pada masa kini. Pelbagai kaum kelihatan menjamu selera di sini. Oleh itu, didapati restoran berkonsepkan kopitiam selain Old Town juga semakin bertambah terutamanya di Kuala Lumpur.

Old Town ini juga menyediakan perkhidmatan WiFi serta juga internet berkebel. Jika laptop tidak mempunyai akses WiFi atau tidak sukakan perkhidmatan WiFi, kabel internet sedia digunakan di dalam restoran Old Town tersebut. Oleh itu kelihatan pengunjung bukan sahaja menikmati makanan di situ tetapi juga mendapatkan capaian internet.

Malam tersebut, kami hanya makan nasi lemak intimewa Old Town dan Mee Udang Old Town. Manakala minuman pula Lemon Madu sejuk dan Kopi Putih Old Town sejuk.


Nasi lemak istimewa Old Town

Kopi Putih Old Town memang kauw!!
Mee udang yang sungguh menyelerakan

Boleh habis ke ni Mana? Macam banyak jer mee udang tu..

Jom lihat menu untuk makan malam

Azfar baru bangun tido sekejap, lepas tu sambung balik. Nasib ada kerusi yang panjang, boleh baring-baring

Permandangan dalam Restoran Old Town di tingkat bawah berhawa dingin

Tanda order betul-betul! Nanti salah order pulak.


Jom datang beramai-ramai ke Old Town Wangsa Maju. Iklan masyarakat oleh Muhammad Azwar di taja oleh www.gnesop.com

Sila undi blog ini:


EmoticonEmoticon