29 December 2009

Everly Resort Hotel, Melaka #2


Hari kedua kami berada di Melaka. Pada pagi tersebut, kami bersarapan di restoran Everly Resort Hotel dan terdapat pelbagai pilihan makanan dari tradisional hingga moden. Selepas sahaja bersarapan, kami memulakan perjalanan ke pusat Bandar Melaka.


Setelah berpusing-pusing mencari tempat letak kereta, akhir dapat dihujung kedai yang agak jauh kerana terlalu ramai pengunjung. Kami memulakan aktiviti dengan melawat Menara Taming Sari. Kami terpaksa beratur panjang untuk dapat naik ke menara. Tiket bagi dewasa ialah RM10 (mykad) dan RM5 (mykid) untuk kanak-kanak. Jika anda bukan warga negara (tiada mykad/mykid), harga adalah sekali ganda.

Selesai melihat permandang pusat bandar Melaka dari Menara Taming Sari, kami ke Dataran Pahlawan untuk mengambil udara sejuk sambil melawat kedai-kedai di dalamnya.


Aktiviti diteruskan dengan melawat tempat peninggalan sejarah Afamosa. Di situ, kelihatan banyak beca yang sedang menunggu pengunjung. Beca tersebut dihiasi indah dengan bunga-bunga dan barangan lain. Malah, terdapat beca yang memasang 'sound system' yang mengalahkan kereta. Bunyi riuh rendah dengan pelbagai jenis musik seperti lagu Melayu, Hindi, Disco, Dangdut dan sebagainya. Kami turut cuba merasai pengalaman menaiki beca tersebut hingga ke rumah merah dan kembali ke A'famosa. Cederamata juga boleh dibeli dari penjual kaki lima seperti keychain, topi, alat tradisional dan pistol Upin & Ipin.


Setelah selesai melawat sekitar bandaraya, kami meneruskan perjalanan ke Perkampungan Ikan Bakar, Umbai. Oleh kerana tiada siapa yang pernah ke sana dari kalangan kami, bantuan GPS digunakan. Di kawasan tersebut, terdapat beberapa perkampungan ikan bakar, tetapi kami memilih Perkampungan Ikan Bakar Terapung, Umbai Baru. Terdapat banyak restoran ikan bakar di situ dan kami memilih restoran Nakhoda yang berada di tingkat atas. Permandangan dari tingkat atas lebih menarik dimana boleh melihat sekitar kawasan tersebut. Kami memilih beberapa jenis masakan makanan lauk bersama nasi putih.


Selesai makan, kami kembali ke hotel. Malam tersebut, kami hanya berehat di hotel sambil menonton rancangan Sehati Berdansa.

Keesokannya, kami daftar keluar sekitar jam 9 pagi dan terus bertolak ke Kuala Lumpur untuk mengelak kesesakan. Perjalanan pulang adalah lancar walaupun banyak kenderaan di lebuh raya.


EmoticonEmoticon