08 November 2009

Update Template Blog

Hari ini selesai juga aku update template blog www.gnesop.com. Setelah sekian lama aku menggunakan template sebelum ini, akhirnya aku terjumpa dengan template yang memikat hatiku. Template ini aku dapat dari http://www.anshuldudeja.com/ yang mana tempat aku sentiasa mencari widget, hack, template dan sebagainya untuk blog aku.

Bukan apa, apabila kita selalu bertukar template, kita akan rasa lebih segar dengan blog kita. Kita akan sentiasa rasa segar untuk update blog. Namum begitu, mengubah template blog perlu mengikut keperluan. Mengubah template juga memakan masa untuk setting widget/gajet dan sebagainya. Kebanyakkan pengunjung yang datang ke blog adalah kerana isi post dan template hanya memberi kesan sampingan. Lebihkan kepada post.

Setakat ini, aku telah berpuas hati dengan susunan gajet aku. Perubahan mungkin akan dilakukan secara berperingkat. Buat masa ini, iklan masih belum diletakkan dengan sesuai.

2 comments:

  1. Dan lama juga saya tidak masuk ke blog Sop ni..hehehe..hari ni baru dapat mencari masa untuk berziarah..

    Cantik template baru ni..nampak bersih dan kemas. Keep it up!

    ReplyDelete
  2. terima kasih tirana, gembira rakan-rakan dapat tinggalkan komen.
    terima kasih juga kerana kesibukan masih dapat menziarah blog rakan-rakan.. :)

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon