28 November 2009

Try Windows 7

Beberapa hari ini aku agak sibuk dengan download Windows 7 yang sekarang hangat dipasaran. Setelah membaca beberapa reveiw, aku tidak sabar untuk mencubanya.

Setelah beberapa hari mendownload dari web yang menyediakan link download, akhirnya aku berjaya mendapatkan 1 copy Windows 7. Oleh sebab itu, aku terpaksa meninggalkan blog seketika. Jumlah download keseluruhan ialah 2.5GB. Itu pun setelah beberapa mencari web hosting yang laju. Pernah juga menggunakan torent tetapi hampa kerana terlalu perlahan.

Laptop aku sekarang telah dipasang dengan Windows 7 Ultimate 32bit. Setakat ini aku berpuas hati dengan prestasinya. Memang tidak banyak perbezaan dengan Windows Vista dari segi luarannya. Apa yang penting ialah prestasinya. Setakat ini waktu log on dan shut down lebih pantas. Ciri-ciri dalaman sistem juga lebih baik dan mudah. Cuma terdapat beberapa software yang belum jumpa seperti thumb print log on.

Ini baru hari kedua penggunaannya dan masih lagi explore apa yang berkaitan.


EmoticonEmoticon