Jom beli online di 'BlogShop'
Kini, semakin ramai blogger yang menceburi dunia perniagaan internet. Pada peringkat awalnya, perniagaan internet lebih menggunakan script e-commerce untuk membuka kedai tetapi kini dengan kemudahan blog, sesiapa boleh berniaga online. Hanya perlukan pengetahuan minima tentang blog, anda boleh menjalankan perniagaan internet.
- BlogShop lebih terkenal masa kini kerana pengaruh blog itu sendiri. Ianya bermula dengan beberapa blogger yang berjaya berniaga atau memasarkan produk di blog masing-masing. Teknik-teknik blogshop juga telah banyak dikongsi diantara blogger-blogger. Pengguna pada hari ini juga telah bertambah yakin dengan pembelian online kerana perkhidmatan yang diberikan adalah memuaskan. Pembeli-pembeli juga kebanyakkan terdiri daripada rakan-rakan blogger itu sendiri.
- Salah satu BlogShop yang ingin aku paparkan kali ini ialah blog "LOVELYGIFT"
"kami ( sue & finz) menjalankan perniagaan secara kecil2an. kami mengambil upah membuat gift/door gift/hantaran utk majlis2 perkahwinan, birthday party,pertunangan dll. kami juga merupakan dealer untuk tudung de zahra. bagi yang betul2 mengenali tudung de zahra....anda dijamin akan jatuh cinta dan terpaut dengan koleksi de zahra apabila sudah mula mencubanya. selain daripada itu, pada musim perayaan kami turut menjadi pengedar kuih dan biskut raya dan juga batik sutera dari kelantan. barangan akan di update dari masa ke semasa, jadi nantikan kemunculannya. kepada ynag berminat untuk menempah gift pula, silalah berbuat demikian. yang menariknya tentang gift keluaran kami ini ialah, customer di berikan hak untuk menetapkan limit harga yang diingini dan kami akan cuba memenuhi kehendak pelanggan. walaubgaimana pun yaratnya harga gift tersebut haruslah RM3 ke atas. jika anda buntu dan tiada idea, cuma nyatakan limit harga, konsep dan warna tema yang anda ingini dan kami akan berusaha memenuhi keinginan anda itu"
Untuk maklumat lanjut tentang produk LOVELYGIFT, sila layari http://www.lovelygift77.blogspot.com/
Semoga berjaya kepada rakan-rakan blogger.
Komen aku: bila agaknya aku ada produk sendiri untuk diniagakan...
EmoticonEmoticon