08 November 2009

Jalan-jalan ke Petrosains, KLCC

Hari ini, selepas makan tengah hari kami sekeluarga ke KLCC untuk ronda-ronda dan ingin menonton wayang. Setelah mendapatkan tiket cerita 'Surrogates', kami terpaksa berpusing-pusing kerana wayang akan bermula pada jam 4.30 petang dan pada masa tersebut masih jam 2.00 petang.


Untuk itu, kami ke Petrosains untuk memenuhi masa menunggu tersebut. Tiket masuk ialah RM 12 untuk dewasa dan anak-anak free kerana masih bawah 4 tahun. Untuk memulakan perjalanan di Petrosains, kami perlu beratur panjang dan menunggu lebih kurang 30 minit sebelum boleh menaiki Dark Rider. Dark Rider ialah transport yang membawa kami dari luar ke dalam kawasan pameran. Anak-anak agak takut kerana laluan tersebut agak gelap dan dihiasi dengan pancaran screen 3D.

Setelah sampai ke tapak pameran, anak-anak aku agak teruja dengan pameran tersebut. Terdapat pelbagai pameran yang memberi banyak pengetahuan. Aku amat tertarik dengan imej 3D yang banyak dipaparkan. Bukan itu sahaja, terdapat banyak pameran yang boleh memberi pengetahuan baru kepada kami seperti dunia dinasor, jenis tanah, kajian mesin, petroleum, F1, kejuteraan dan sebagainya.


Pengunjung juga boleh mencuba beberapa peralatan yang disediakan untuk merasai sendiri kehebatan sains itu sendiri. Terdapat pengunjung asyik dengan demo yang disediakan sehingga ada yang sanggup beratur panjang untuk mencuba. Kami juga sempat menaiki simulator helikopter untuk ke plantar minyak. Kemudian, kami didedahkan dengan suasana di atas plantar minyak.


Masa yang sesuai untuk melawat keseluruhan Petrosains ialah melebihi 2 jam. Walaupun jarah dan masa melawat agak panjang, tetapi anda pasti tidak terasa kerana kusyuk dengan pameran yang disediakan. Pengalaman yang dilalui pasti memberi banyak informasi berguna.

Kepada ibubapa yang belum merancang apa-apa program waktu cuti sekolah ini, mungkin lawatan ke Petrosains boleh dimasukkan dalam acara anda.

Koleksi foto:





























































































































































Jika anda suka dengan post ini, sila buat undian:


EmoticonEmoticon