15 November 2009

Glory Beach Resort, Portd Dickson, Negeri Sembilan


Pada minggu lepas, aku terlibat dengan program yang diadakan di Glory Beach Resort, Port Dickson. Ini bukan kali pertama aku berada di sini kerana telah banyak kali aku mengadakan program di Glory Beach Resort.

Glory Beach Resort antara hotel kegemaran aku di Port Dickson kerana keadaan hotel yang selesa dan pakej yang ditawarkan juga adalah memuaskan. Hotel ini merupakan menyediakan perkhidmatan hotel dan hotel apartment yang terdiri dari 2 hingga 3 bilik. Jika anda berada di sini, pastikan anda mengambil bilik yang menghala ke pantai untuk mendapatkan permandangan yang menarik.

Kemudahan yang disediakan di sini ialah kolam renang, gym, sauna, padang permainan, dewan dan lain-lain. Ada kemudahan disediakan secara percuma dan juga berbayar.


EmoticonEmoticon