Bowling di Flamingo, Ampang, Kuala Lumpur
Waktu rehat tengah hari selama 1 jam, pelbagai aktiviti anda boleh lakukan. Rutinnya ialah keluar makan tengah hari, shopping, ronda-ronda dan berehat atau tidur (hehehehe). Tidak salah sekali sekala mengubah rutin tersebut dengan bermain bowling untuk melepas tension atau letih di pejabat.
Namun begitu harus diingat, waktu rehat tengah hari adalah 1 jam sahaja. Perancangan rapi perlu dibuat supaya anda tidak melanggar sempadan masa yang ditetapkan. Jika anda tidak boleh mematuhi peraturan dan perancangan, baik anda lupakan aktiviti ini di waktu rehat. Masa terbaik boleh dijalankan selepas waktu pejabat atau hari minggu.
Perancangan yang boleh diambil kira adalah seperti berikut:
- jarak ke pusat bowling
- masa perjalanan
- masa permainan
- jumlah peserta
- makan dan solat (boleh diuruskan di pusat bowling)
- pakaian
Jika anda boleh uruskan dalam masa 1 jam waktu rehat tersebut, sila ubah rutin anda kepada rutin yang menghiburkan sekali sekala.
EmoticonEmoticon