The Frangipani Langkawi, Resort & Spa, Langkawi
Pada cuti yang lepas, aku dan keluarga sempat bercuti ke Langkawi untuk berehat selama 3 hari 2 malam. Percuti kami bermula dengan penerbangan MAS di KLIA. Kami tiba di Langkawi pada jam 4 petang dan van shuttle hotel telah sedia menunggu. Selesai check in, kami sempat berehat-berehat di sekitar hotel.
The Frangipani Langkawi menyediakan resort yang cukup menarik dengan identiti bercirikan flora dan founa. Tahap kebersihan sememangnya sentiasa terjaga dengan baik. Petang itu, aku ke kedai berhampiran yang menyediakan perkhidmatan motor sewa. Nasib aku baik kerana masih terdapat sebuah motor sewa yang tinggal. Sewa motor tersebut hanya RM 35 sehari + deposit RM 50. Tujuan aku menyewa motor ialah untuk membeli makan di sekitar kawasan.
Setelah meninjau kawasan sekitar, kami memulakan percutian dengan memandi kolam. Ini adalah aktivti kegemaran Azfar dan Azwar. Selesai mandi mandi, kami kembali ke resort. Pada sebelah malamnya, kami keluar ke kedai makan berhampiran untuk menjamu selera. Kemudian, aktiviti berehat di bilik sambil menonton TV.
Pada pagi keesokannya, kami bersarapan di hotel. Menu amat memberangsangkan yang mana disediakan menu tradisional dan juga moden. Dengan pelbagai hidangan tersebut, anda pasti kekenyangan.
Pada hari tersebut, kami keluar ronda-ronda sekitar pantai Chenang. Kami hanya melawat kedai-kedai berhampiran dan kemudian singgah makan tengah hari di kedai mamak. Kemudian, kami kembali ke hotel untuk berehat. Pada sebelah petangnya, kami ke pantai untuk bermain pasir dengan membina istana pasir. Aktiviti di akhiri dengan mandi kolam. Pada malam tersebut, kami hanya berehat di hotel dengan melawat rancangan TV.
Pada hari berikutnya, kami mulakan dengan sarapan pagi di hotel dan kemudian bersiap-siap untuk check out. Pada jam 12.00 tengah hari kami check out dan beredar ke lapangan terbang Langkawi.
Percutian kali ini amat menyegarkan dengan berehat sepenuhnya di hotel. Kami sememangnya tidak bercadang untuk membeli belah atau ke kawasan pekan Kuah. Dengan ini, kami boleh menikmati sepenuhnya percutian dengan keindahan alam.
Koleksi foto:
EmoticonEmoticon