12 August 2009

Semalam di Cameron Higlands #1

Pada bulan lepas, aku dah keluarga sempat bercuti 1 malam di tanah tinggi Cameron Highland. Perjalanan aku bermula dari Tapah pada pagi Sabtu ke ameron Highland. Perjalanan memakan masa 3 jam itu amat meletihkan kerana perlu melalui jalan-jalan berliku. Namun begitu keasyikan permandangan sekeliling sepanjang perjalanan melupakan sejenak tentang keletihan tersebut.

Kami telah menginap di Straberry Park Hotel yang mana hotel amat menarik di atas bukit. Hotel apartment ini menyediakan ruang 2 bilik dan 1 bilik air. Konsep perkongsian bilik air ini agak menyukarkan jika ahli yang ramai.

Selepas check in, kami ke ladang Bharat Cameron Tea untuk menikmati secawan teh. Dari Strawbery park, kami terpaksa turun ke tanah rata untuk ke ladang tersebut. Setelah 30 minit perjalanan, akhirnya kami sampai ke ladang tersebut. Setelah menikmati tea dan beli beberapa jenis teh, kami beransur ke Brinchang untuk ke pasar malam.

Pasar malam tersebut sungguh meriah dimana terdapat pelbagai jenis barangan yang dijual dan paling banyak ialah hasil-hasil tanaman seperti cactus, strawbery, sayuran dan lain-lain. Kami sempat memberi sedikit juadah untuk makan malam.

Malam tersebut, cuaca sungguh dingin. Dengan kabus yang tebal dan angin sepoi-sepoin bahasa, boleh dirasa sehingga ke tulang. Malam tersebut kami tidur dengan nyenyak kerana keletihan.

(...bersambung)




2 comments:

  1. Salam, syuk. Berapa RM bilik tu? Cam berminat ni

    ReplyDelete
  2. untuk maklumat lanjut, boleh lawat http://www.strawberryparkresorts.com

    malam tu kami guna koprat rate under UMW Toyota Staff. Dapat la RM180 dan apartment kami guna ialah Tioga Apartment.

    Untuk rate, lawat sini http://www.strawberryparkresorts.com/html/rates.html

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon