21 August 2009

Hotel Seri Malaysia, Ayer Keroh, Melaka

Awal Ogos lepas, aku ada program di Seri Malaysia Hotel, Ayer Keroh Melaka. Hotel ini hanya berdekatan dengan dengan keluar Tol Ayer Keroh. Hotel ini menyediakan perkhidmatan WiFi (ini aku check dulu yer) di seluruh kawasan hotel. Anda boleh mengaksesnya di bilik atau lobi secara percuma.

Jika bosan di bilik, anda boleh mandi-manda di kolam renang atau bermain pingpong, pool atau mahjong yang disediakan berdekatan dengan kolam renang.

Secara keseluruhan, bilik hotel baik dan perkhidmatan juga memuaskan. Kawasan hotel juga ceria dan bersih.

Dari segi makanan, agak memuaskan yang mana pelbagai jenis makanan disediakan di cafenya. Sistem kupon digunakan yang mana anda perlu membawa kupon untuk makan.


EmoticonEmoticon