07 June 2009

Terminator Salvationr

Semalam aku menonton filem Terminator Salvation (TS) setelah aku membuat pembelian tiket secara online. Sememangnya seperti biasa, TGV KLCC dipenuhi orang ramai yang sedang beratur untuk membeli tiket. Aku hanya terus ke kauter booking untuk bertanyakan tentang tiket yang telah dibeli. Aku tidak perlu beratur kerana pembayaran telah dibuat berbeza jika hanya booking melalui telefpon yang barisannya juga agak panjang.

Cerita TS ini secara keseluruhan agak menarik bagi aku (berbeza pandangan dengan isteri aku) kerana idea yang cuba disampaian ialah sambungan kepada Terminator 3. Cuba TS 4 ini lebih kepada dunia future yang mana hari kemusnahan telah berlaku. Aspek grafik menarik kerana menggunakan teknologi komputer yang cukup canggih dan realistik.

Aksi yang dibina juga cukup menarik dengan sokongan sistem bunyian pasti menggegarkan jantung anda. Bagi membawa anak kecil, pasti akan terkejut dengan bunyian yang bergema itu.

Secara keseluruhan, aku bagi rate 8 / 10 untuk cerita ini.

Untuk maklumat cerita ini, sila lawat laman web rasminya di http://terminatorsalvation.warnerbros.com/


EmoticonEmoticon