10 June 2009

Kantoi MC Dengan Boss

http://www.fakebands.com/graphics/MC_Champagne_Millionaire.jpg
Anda mesti biasa atau pernah MC tetapi pernahkan anda kantoi kerana menipu MC?
Ini cerita yang aku dengar semalam semasa aku di klinik. Semalam anak aku kurang sihat, muntah-muntah. Keracunan makan/perut meragam kata doktor. Jadi masa lunch time aku ke klinik bawa anak aku.

Masa menunggu doktor check anak aku, ada majikan hubungi klinik tersebut kerana ingin menyemak MC yang dikeluarkan oleh klinik tersebut. Ini kerana majikan tersebut berang dengan pekerjanya yang dikatakan dapat MC dari klinik berkenaan tetapi pergi membuat kerja lain setelah mendapat MC.

Pekerja berkenaan yang mendapat MC telah pergi berniaga yang sepatutnya dia perlu berehat di rumah. Bukan sekejab tetapi sampai malam berniaga. Hal ini yang dimaklumkan oleh majikan itu sendiri. Majikan berpendapat klinik tersebut telah memberi MC palsu kerana jika pekerja tersebut benar-benar sakit, bagaimana pekerja tersebut boleh membuat kerja lain. Majikan tersebut memaklumkan akan membuat aduan mengenai perkara ini.

Hanya yang berada situ mendengar cerita dari kerani klinik yang bercerita kepada rakannya. Oleh kerana suaranya yang kuat, aku pasti semua dalam klinik itu dengar ceritanya.

Andaian aku di sini ialah:
- pekerja tersebut mungkin ingin memonteng kerja dengan membuat kerja lain
- pekerja tersebut mungkin dah sihat bila telah makan ubat yang diberikan doktor
- pekerja tersebut memerlukan duit lebih bulan ini dan memerlukan dia buat kerja part time (ahaks)


EmoticonEmoticon