IFF ketujuh gegar Jakarta
Oleh Noriah Idris
nori@hmetro.com.my
PENTAS Festival Fesyen Islam (IFF) ketujuh menggegarkan lagi kota Jakarta apabila lebih 300 koleksi daripada lebih 20 pereka hebat busana Muslimah melebarkan sayapnya di Indonesia, baru-baru ini. |
PENTAS Festival Fesyen Islam (IFF) ketujuh menggegarkan lagi kota Jakarta apabila lebih 300 koleksi daripada lebih 20 pereka hebat busana Muslimah melebarkan sayapnya di Indonesia, baru-baru ini.
Festival yang sudah terlakar lebih enam kali sejak bermula pada 2006, menjadi pentas terbaik dalam penganjuran kali ini apabila pelbagai suntikan busana penuh ilusi digarap selama dua hari sepanjang pementasannya yang berlangsung di Hotel Mulia.
Menurut Pengasas yang juga Pengerusi IFF, Datuk Rezza Shah, merintis perjalanan IFF sejak tiga tahun lalu semakin menyemarakkan semangatnya meletakkan aliran busana yang dinanti-nantikan penggemarnya itu dalam kelas tersendiri.
"Sejak diasaskan hingga kini, hampir 200 pereka berjaya dilahirkan dengan cetusan idea baru dan sentiasa segar. Bahkan, ia menjadi pemangkin kepada perkembangan seterusnya mengembangkan lagi aliran tradisional dan kontemporari.
|
"Lebih hebat lagi, garapan ideanya semakin diterima dan perkembangannya menandakan industri fesyen ini begitu hebat sehingga memberikan persaingan sihat di kalangan pereka di negara ini bahkan menular hingga ke negara luar," katanya.
|
Ciri pemakaian busana Muslimah yang sopan dan anggun banyak dizahirkan di kalangan pereka Indonesia dan kepesatannya ternyata menular ke negara jiran.
Inspirasi cetusan Timur Tengah juga dikatakan selari perkembangannya apabila pereka mengambil pendekatan penuh pesona dengan mengambil kira latar belakang budaya dan agama dalam setiap perincian yang digarap.
"Koleksi busana yang berlangsung baru-baru ini menepati ciri pemakaian wanita Muslimah sebagaimana yang menjadi prasyarat yang digariskan pertunjukan fesyen. Pentas IFF juga berjaya mencuri tumpuan media dari pelosok dunia yang turut sama merasakan percikan gah peragaannya.
"Hasrat untuk meletakkan Kuala Lumpur-Jakarta-Dubai sebagaimana kota fesyen Paris-New York-Milan semakin menjadi kenyataan kerana pemakaian yang sopan tanpa pendedahan aurat menampakkan pereka begitu teliti dalam rekaan masing-masing. Ia sekali gus menepati apa yang dihasratkan dalam garis dasar IFF," katanya.
Antara pereka yang menjayakan IFF terdiri daripada Datuk Tom Abang Saufi, Khoon Hooi, Melinda Looi, Hajaba yang dipelopori Mona Din, Sebastian Gunawan, Itang Yunaz, Ida Royani dan Defrico Audy.
Sebelum ini, mereka yang sudah melakar nama dalam rekaan fesyen itu antaranya adalah Calvin Thoo, Albert King, Datin Sharifah Kirana Syed Ghazali serta nama hebat pereka Indonesia seperti Ghea Pangabean, Biyan dan Musa Widyatmodjo.
Menurut Rezza, festival berkenaan dinaungi isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Datin Seri Rosmah Mansor yang disifatkan insan yang banyak memberi sumbangan idea, sokongan padu selain menyuntik semangat untuk melihat penyatuan fahaman dan garapan fesyen bagi mengeratkan lagi ukhwah yang terjalin.
Selain itu, katanya, hubungan akrab itu bukan hanya berlangsung di kalangan pereka dan penggemar bahkan lebih jauh lagi, menjadi medan atau hab Muslim terbaik untuk mengembangkan industri fesyen terus diterima di peringkat global.
Dipetik dari: http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Friday/Hati/20090605003425/Article/index_html
Komen aku: Suka tengok pakaian sopan diperagakan.
EmoticonEmoticon