06 June 2009

Buy Tiket TGV CinemasOnline

Hari ini aku cuba menggunakan perkhidmatan pembelian tiket TGV Cinemas secara online untuk menonton cerita Termination Salvation. Dari petang tadi aku cuba, malam ni baru berjaya.

Pada mulanya, aku membuat pembelian online menggunakan kredit kad tetapi tidak berjaya. Aku tidak pasti kenapa. Mungkin juga jumlah yang kecil dimana bawah RM 50 tak boleh kot? Itu pendapat aku setelah beberapa kali mencuba.

Kemudian, ada satu lagi cara iaitu membuat pembayaran menggunakan M-Money. M-money ini adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Maxis. Ini juga kali pertama aku mencuba. Mula-mula aku kena masukkan duit dari account maybank ke M-Money ini. Melalui website maxis, aku terus masukkan no telefon dan jumlah. Web login maybank akan keluar dan teruskan membuat pindahan/bayaran kepada M-Money.


Semasa proses pembayaran selesai dari maybank, tetiba web maxis pending. Aku dah kelam kabut juga sebab duit M-Money belum masuk tetapi akaun maybank sudah dipotong. Aku pun telefon maxis centre (jam 11.30 malam- rupanya dorang buka 24 jam), bertanyakan status tambah M-Money tersebut. Pertamanya aku diberi arahan supaya semak melalui SMS. Aku juga dimaklumkan transfer ke M-Money memakan masa 3 hari!! Betuk ker?

Semasa aku sedang semak bali M-Money, sms diterima menyatakan M-money telah berjaya ditambah nilai. Maklumat tentang 3 hari bekerja sebenarnya salah. Cepat sebenarnya iaitu dalam 10 - 20 minit, tambah nilai telah selesai. Perkhidmatan ini dikenakan cas sebanyak RM 0.50 dari akaun M-Money anda. Bermakna jika anda tranfer RM 50 dari bank, baki M-Money anda akan menerima RM 49.50.

Setelah selesai urusan M-Money, aku terus membuat pembelian tiket TGV. Pilih pangggung, cerita, waktu, pelanggan berapa, pilih seat dan pilih pembayaran. Ikut arahan seterusnya sehingga selesai. Sungguh mudah... Pada kali pertama agak sukar juga sebab perlu perhati satu persatu stepnya. Tetapi hakikatnya sungguh mudah.

Maklumat lanjut tentang M-money, sila klik sini.

Pembelian online ini berbeza jika anda membuat tempahan telefon yang mana anda boleh memilih kerusi awal-awal, tidak perlu ambil tiket lebih awal dan tak perlu beratur panjang.

Jika anda ingin membuat pembelian online, sila membuat pendaftaran ahli TGV Cinemas terlebih dahulu. Maklumat lanjut, sila lawan TGV Cinemas Online


EmoticonEmoticon