7 Langkah Menulis Blog untuk menarik pembaca
Hari ni semasa merayau-merayau di alam internet, aku tersinggah di blog rajakamil.com. Terdapat satu topik yang menarik minat aku iaitu 7 langkah menulis blog untuk menarik minat pembaca. Ia satu infomasi berguna pada aku tentang dunia blog ini. Mungkin ada perkara yang aku tidak tahu sebelum ini. Berikut topik yang ditulis oleh penulisnya:
Technorati telah mengindex 133 Juta blog. Menurut statistik mereka, terdapat 900 000 blog post setiap 24 jam. Hampir semua niche, topik, theme, dan industry ada diblogkan.
Persoalannya, bagaimana nak tarik minat pembaca untuk membaca blog kita.
Nak menonjol di celah-celah jutaan buah blog, nampaknya hampir mustahil. Tapi, bukan tidak boleh. Ada sahaja blog yang baru dibina namun, berjaya mendapat ribuan pembaca setia dalam sehari. Mengapakah boleh begitu?
Tip-tip di bawah mungkin boleh membantu sedikit sebanyak.
Tidak Menulis Dalam Tekanan
Sesetengah orang menulis blog semata-mata untuk memperoleh keuntungan dari sistem affiliate, pengiklanan dan lain-lain.
Tapi, perasankah kita, jika kita menulis kerana duit ianya akan menjadi satu rutin yang menjemukan. Pilihlah topik yang kita ada rasa “ghairah” atau dalam bahasa Inggeris disebut “passion” untuk sentiasa update.
Jika kita minat sukan tennis, tulislah tentang tennis walaupun untuk keyword “tennis” nilai adsensenya sangat rendah
Tidak pada topik yang tiada langsung pembaca
Terkadang, ada juga blogger yang jenis shok sendiri. Menulis blog untuk dirinya sendiri. Salahke ? Tak salah, tapi apa salahnya kita mendapat insentif daripada blog yang kita bina sendiri.
Sebagai contoh, kita cerita tentang lipas kudung. Daripada permulaan blog, tak habis-habis menceritakan tentang seekor lipas yang bernama ROY yang kudung kakinya dan dijumpai di dalam bilik air.
Sudah lah tu…… Bawak-bawaklah cerita lain yang ada pembacanya.
Sedikit kajian niche blog perlu ada untuk memulakan sebuah blog yang baru.
Unik
Jadilah seunik yang boleh. Cipta satu trademark pada blog anda. Sebagai contoh, pada setiap hujung artikel akan dibuat sebuah pantun. Ataupun, dalam setiap post, pasti akan ada gambar-gambar terkini keadaan tayar kereta kancil 660 anda.
Dan macam-macam lagi yang buatkan pembaca mengenali anda melalui trademark anda tadi
Apa agaknya trade mark rajakamil.com?
…ataupun seasli yang mungkin
Copy dan paste pada blog merupakan satu etika yang salah. Namun begitu, apa salahnya memberi kredit pada pemilik asal artikel tersebut.
Jika anda dapat menguasai sesuatu niche blog dengan baik, maka, ianya tiada masalah untuk menulis artikel yang benar-benar ori.
Topik yang anda memang layak untuk dikongsi
Perasan tak, sekarang ni, banyak blog yang menceritakan tentang buat duit diinternet. Jika anda bercadang untuk buat satu blog yang nichenya tentang buat duit diinternet, baik anda fikir dahulu. Adakah aku telah buat sehingga 7 angka setahun?
Kadang-kadang, penulis blog itu cakap tak serupa bikin. Hanya copy idea dari blog orang lain. Bila ditanya, berapa yang pernah dapat dari online bisnes, jawapannya sering buat kita tertanya-tanya, layak ke dia nak ajar kita buat duit diinternet sedangkan sesen pun dia tak pernah dapat dari internet.
Banyak lagi contoh lain. Sebagai contoh, anda menulis blog tentang dunia pemotoran. Apabila ditanya, antara Duccati dan TZM , yang mana lebih baik, dia menjawab MODENAS.
Atau topik yang menumpu pada sesebuah komuniti
Mungkin juga anda boleh membuat sebuah blog yang perbincangannya menumpu pada sesebuah komuniti. Contohnya, kebanyakan pembaca blog saya datangnya dari WangCyber.com, jadi relevensi topik saya kenalah bertepatan dengan perbincangan yang ada dalam wangcyber.com
Anda juga boleh buat sebuah blog yang khusus untuk group MLM anda.
Saya menulis kerana minat..Blog hanya tempat untuk menyalurkan minat saya di samping berkongsi info dengan kawan2
ReplyDeletesaya pula tulis blog kerana ingin berkongsi..
ReplyDeletepada awal2 dulu tak ada fokus jugak..