19 May 2009

Repair Kasut

Minggu lepas, aku ada mesyuarat di Hotel Federal, Jalan Bukit Bintang. Aku tidak menginap kerana sememangnya aku tinggal di KL, jadi hanya berulang dari rumah ke hotel.

Pada hari kedua, aku lihat ada tukang kasut di hadapan hotel di kaki lima. Kasut aku yang telah kehausan tapak perlu di perbaiki. Peluang ini aku ambil semasa waktu rehat petang.

Apabila ditanya, kos untuk memperbaiki kasut aku hanya RM 13 untuk sepasang iaitu menukar tapak kasut dibelakang. Aku cuba membuat tawaran kepada RM 10, tetapi gagal. Tawarann yang dibuat hanya suka-suka.

Sementara pakcik itu memperbaiki kasut aku, aku pun menunggu dengan sabarnya. Rupanya pakcik ini mempunyai ramai juga pelanggan. Sementara menunggu kasut aku siap, ada beberapa pelanggan datang seperti repair tapak, tukar tapak kecil, memasang tapak kuda dan menampal tapak kasut. Oleh kerana kasut aku perlu banyak step perbaiki, jadi kasut aku agak lambat.

Sambil menunggu itu, sempatlah aku mengambil beberapa gambar untuk kenang-kenangan.

Aku amat berpuas hati dengan hasil kerja pakcik tersebut. Walaupun sudah berusia, namum masih bertenaga dalam membetulkan kasut-kasut demi mencari rezeki. Bagi aku, mungkin pada usia tersebut, aku hanya berehat di rumah.

Sebenarnya, repair kasut ini bukan kerja yang mudah. Kita perlu kemahiran dan teknik yang tertentu juga. Baru boleh memberi hasil yang baik. Aku membayar extra kepada pakcik itu kerana hasil kerjanya yang baik.





EmoticonEmoticon