06 May 2009

Hotel Orkid, Melaka

Semalam aku mesyuarat di Hotel Orkid, Melaka. Aku akan berkampung di sini untuk 3 hari hingga hari Jumaat. Hotel Orkid sebuah hotel yang ringkas dan juga menarik.
Kemudahan yang disediakan sama seperti hotel bertaraf 3 bintang yang lain. Cuma ruang lobi agak terhad dan sempit. Ruang parking juga terhad tetapi pihak hotel telah menggunakan teknologi parking bertingkat untuk mengatasi masalah tersebut.

Wifi boleh diakses di dalam bilik dan juga bilik mesyuarat dengan kelajuan internet yang agak baik. Ini perkara utama jika aku ke hotel. Pastikan hotel mempunyai WiFi, jika tidak, pasti bosan berada di hotel tersebut.

Agak malas untuk aku keluar di sekitar Melaka. Melaka tidak sangat asing bagi aku kerana agak banyak kali aku ke sini. Dengan kekurangan kawan juga menjadi faktor. Kalau sorang-sorang berjalan, mesti bosan. Jadi baik aku lepak di bilik, layan blog sambil tengok TV.

Ini kali kedua aku berada di hotel ini. Sebelum ini aku telah berkunjung di sini pada tahun lepas.








EmoticonEmoticon