24 April 2009

Tips untuk affiliate

Berikut merupakan tips untuk affiliate yang boleh anda pikir-pikirkan sebelum mengiklankan affiliate anda:

1. Anda boleh gunakan redirection service seperti tinyurl untuk menyembunyikan affiliate link anda. Affiliate ID anda akan disembunyikan sebaik sahaja cookie 'ditanam' dalam komputer pelawat.
2. Berikan sedikit kata-kata anda (pre-sell) sebelum menyuruh pelawat menekan affiliate link.
3. Anda boleh masukkan affiliate link anda di signature forum dan email untuk setiap message yang anda hantar tetapi diingatkan anda tidak boleh melakukan SPAM
4. Letakkan promosi anda dalam keadaan 24 jam mempromosi. Contohnya letakkan banner atau link di blog/website anda.
5. Pengiklanan di portal iklan agak kurang berkesan kecuali anda boleh menempatkan iklan dimuka depan setiap masa.
6. Website yang mempunyai kaitan lebih mendatangkan kesan dari website yang tiada kena mengena.

Contoh ayat:

"Web hosting cuma RM20 setahun. Klik sini"
"Domain name cuma RM35 setahun. Dapatkan sekarang!"

Ayat yang terlalu umum sukar untuk mendapat klik contohnya
"Perkhidmatan Web Hosting"


EmoticonEmoticon