Perkhidmatan MyEG
Ini adalah kali kedua aku menggunakan khidmat MyEG Servises Bhd. Yang pertama semasa aku membayar sama polis Trafik. Malu nak cerita kena saman..hehehhe. Masa tu aku terlupa lesen memandu aku telah mati. Semasa perjalanan ke Putrajaya, ada roadblok dan masa semak lesen memandu, baru aku sedar lesen memandu aku telah tamat 5 hari yang lepas.. wadus..
Aku pun membayar saman tersebut menggunakan khidmat MyEG. Mula-mula agak ragu jugak kerana aku membayar saman tersebut menggunakan kad kredit. Semua berjalan lancar, saman aku telah clear.
Yang keduanya, aku menggunakan khidmat MyEG untuk memperbaharui cukai jalan kereta. Aku beli insuran pun melalui MyEG walaupun aku tahu website insurans tersebut hanya di 'frame' oleh MyEG ke websitenya. Berbanding terus ke website insurans tersebut atau melalui laman wen MyEG, lebih laju page load berbanding website insurans tersebut. Ini kerana website insurans tersebut sarat dengan flash logo.
Selesai membeli insurans, aku terus memperbaharui cukai jalan menggunakan khidmat MyEG. Cas yang dikenakan hanya RM 2 untuk perkhidmatan dan RM 6 untuk penghantaran. Aku beli pada hari khamis dan hari jumaat, roadtax telah dihantar ke pejabat. Sungguh hebat!
Khidmat yang disediakan amat bagus kerana aku tidak lagi perlu ke pusat insurans, pejabat pos atau JPJ untuk memperbaharui cukai jalan aku. Aku boleh menjimatkan masa dan tenaga. Semuanya dihujung jari sesuai dengan teknologi masa kini.
Untuk maklumat tentang MyEG, sila lawat laman webnya di http://www.myeg.com.my/
Info:
MyEG Services Berhad is a concessionaire for the Malaysian E-Government MSC Flagship Application. Our role as a Service Provider for the E-Services component essentially provides the electronic link between the Government and citizens/businesses.
Through our portal, we offer the Malaysian public a single point of contact between the Government and the people it serves. This portal enables Malaysians to dynamically interact with numerous agencies within the Federal, State and the Local Government machinery providing services ranging from information searches to licence applications.
To cater the services which require physical presence/interaction, MyEG has set up E-Service Centres located throughout the country to complement our online presence. We believe that through this dual approach, we can enhance the relationship and quality of interaction between the Government of Malaysia and it’s citizens.
EmoticonEmoticon