Panduan Cari Duit Internet
Sekarang ini didapati ramai yang cuba mencari pendapatan melalui blog. Ini kerana telah banyak artikel dan blogger yang menceritakan bagaimana masing-masing menerima pendapatan yang lumayan. Ada juga yang telah menjadi blogger sepenuh masa kerana pendapatan yang lumayan yang diperolehi.
Ada juga masih yang membina blog hanya untuk suka-suka, menghabiskan masa lapang, untuk bersosial, dan ada juga untuk tujuan marketing dan sebagainya. Biasanya blogger jenis ini tidak akan menyediakan iklan di blognya.
Kategori ketiga ialah membina blog untuk suka-suka dan mendapatkan pendapatan hanya sebagai sampingan sahaja. Ini kerana peluang yang diambil hasil jumlah pengunjung yang ramai.
Kebiasaan blogger menggunakan khidmat pengiklanan untuk mendapat pendapatan (paling ramai). Ini kerana cara ini paling mudah dan berkesan. Hanya mengharapkan pengunjung akan klik iklan yang dipasang. Pembekal pengiklanan yang glemmer seperti adsense, nuffnang, adverlet, bidviser dan sebagainya.
Terdapat juga blogger menggunakan affiliates untuk dapatkan pendapatan. Cara ini agak sukar sedikit kerana pembelian internet masih kurang beekesan (contohnya di Malaysia). Tidak dinafikan ada yang berjaya menggunakan teknik ini. Biasanya blogger perlu menulis artikel mengenai produk tertentu atau yang berkaitan. Kebanyakkan market di Malaysia ialah ebook, pakej hosting, perkhidmatan dan lain-lain lagi.
Paling aku suka, terdapat blogger yang menjual barang seperti pakaian, makanan dan perkhidmatan. Buat masa ini, aku masih tercari-cari apa barang yang boleh aku jual (yang belum orang lain jual). Ini kerana cara ini paling berkesan (pendapat aku). Ini kerana keuntungan adalah hak anda sepenuhnya. Lebih banyak jualan, mestilah lebih banyak pendapatan.
Kesimpulan untuk berjaya ialah jumlah pengunjung. Setiap artikel yang aku baca tentang teknik-teknik, peluang-peluang internet dan seangkatan dengannya perlu bermula dengan jumlah pelawat. Jika pelawat blog anda beribu-ribu satu hari, peluang untuk berjaya adalah tinggi. Jadi, cari cara-cara untuk anda mendapat kunjungan yang hebat. Jika aku jumpa, aku akan pos ke sini, yekk...
Antara blog/web yang aku lawati untuk mendapat panduan tentang pendapatan:
- http://blalang.blogspot.com/
- http://wangsiber.com
- http://jutawan.org
- http://webmastermalaysia.com
- dan lain-lain lagi
EmoticonEmoticon