05 April 2009

Olympic Hotel, Kuala Lumpur

Pada minggu lepas, aku ada mesyuarat di Olympic Hotel, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur. Pada mulanya aku agak risau dengan keadaan hotel tersebut. Permandangan dari luar bangunan hotel agak teserlah telah lama. Ruang luar bangunan juga kelihatan kurang terjaga.

Namun begitu, permandangan berbeza apabila anda memasukki hotel tersebut. Ruang dalam hotel dijaga dan dinaik taraf dengan baik. Suasana agak berbeza antara berada di dalam dan di luar hotel. Agak mengagumkan bagi aku.

Apa yang aku lihat, banyak projek naik taraf telah dilakukan terutama dibilik hotel. Semua perabot telah ditukar dengan baru dan moden. Cuma lif masih lama dari segi butangnya. Yang lain tiada masalah.

Makan di sini agak biasa sahaja. Standard hotel yang lain.




EmoticonEmoticon