Makan di Kenny Rogers
Dah lama rasanya tak makan di Kenny Rogers. Semalam baru makan balik di Kenny Rogers Jaya Jusco Setiwangsa. Apa yang best, rasa ayamnya masih sama seperti 3 tahun yang lepas. Side menu pun masih dikekalkan. Berbanding jenis lain, aku paling suka Kenny Rogers sebab rasa ayam panggangnya sungguh lembut dan menyelerakan. Tidak ketinggalan juga muffin Kenny Rogers yang masih berkekalan keenakannya.
Beberapa menu baru juga telah ditambah untuk pilihan pengunjung.
Disamping menunggu makanan tersedia, aku sempat bawa anak aku main kuda bergerak yang kebetulan berada di depan restorannya.
EmoticonEmoticon