03 April 2009

Majlis Pembukaan Kedai









Majlis ini bukannya kedai aku tetapi kedai hardware di bawah rumah aku. Pembukaan yang dijalankan cukup meriah. Pemilik yang berbangsa Cina ini amat ramah dan sentiasa menegur jika bertembung.

Aku dijemput untuk melihat tarian singa dan menjamah hidangan di sediakan. Pemilih amat memahami budaya Melayu kerana Satey di tempah dengan orang Melayu. Beliau tahu orang Melayu tidak makan makanan Cina kerana kesangsian Halal atau Haram.

Namun begitu, aku hanya bawa anak-anak aku untuk melihat tarian singa serta percikan mercun. Anak-anak aku amat teruja kerana ianya pengalaman pertama. Tetamu yang hadir amat ramai dan rata-ratanya rakan-rakan dan saudara mara.


EmoticonEmoticon