26 April 2009

Botakkan kepala Azfar & Azwar





Sabtu lepas, aku kerjakan kepala Azfar dan Azwar hingga botak. Sememangnya dari kecik, dorang aku botakkan. Botak tak ada lah sampai licin tetapi sekadar rambut pendek.

Aku bukan apa, senang nak urus Azfar dan Azwar rambut pendek, tak perlu nak sikat, tak risau pasal kutu ker, pasal kelemumur ker dan sebagainya. Lagi pun, dorang kalau panjang tu panas dan rimas.

Potong rambut ni tak susah sangat, kalau guna mesin tagi senang. Letak sahaja pelaras rambut, potong... pastikan rambut sama nipis. Dah selesai.

Pengalaman aku memotong rambut ni sebenarnya bermula dari zaman-zaman sekolah. Tolong-tolong kawan potong sikit-sikit. Mula tu agak risau juga takut tak menjadi. Tapi sikit-sikit belajar dan cuba beberapa teknik. Yang penting rambut tak nampak bertingkat-tingkat.

Sekarang ni, boleh aku gunakan kemahiran itu untuk anak-anak aku. Tak perlu aku hantar kedai, boleh belasah sahaja di rumah. Dorang pun senang aku sendiri yang potong rambut mereka.


EmoticonEmoticon