04 April 2009

Bina website

Aku masih tercari-cari website yang aku ingin bangunkan selepas mykomuniti.com disekat domainnya. Domain mykomuniti.com disekat kerana hacker telah menggunakan domain aku sebagai psihing site sebuah bank eropah.

Aku perlu kemukanan beberapa dokumen untuk sekatan domain tersebut. Oleh kerana malas dapatkan dokumen seperti yang diminta, jadi aku cadang biarkan sahaja domain tersebut disekat. Aku pun kurang berpuas hati dengan hosting aku juga yang selalu down apabila hits tinggi sedangkan max bandwich aku belum jejak.

Untuk itu, aku ingin beralih kepada hosting baru dengan konsep yang baru. Namum begitu, masih belum menjumpai konsep yang aku inginkan. Konsep website itu mestilah boleh mendapatkan ramai pengunjung dengan pantas. Web aku sebelum ini agak perlahan perkembangan sehingga mencecah 2 tahun baru ada perkembangan.

Bagi aku, script dan konsep perlu seimbang untuk menarik pengunjung. Ada sebarang idea?


EmoticonEmoticon