21 April 2009

Bina Keyakinan Diri

Pernahkan anda menafikan pencapaian diri dengan memberi alasan setiap kali mendapat pujian dari rakan-rakan seperti "tak adalah", "mungkin nasib saya baik hari itu". Jika pernah, anda adalah kalangan orang yang percaya kejayaan boleh dicapai jika ditakdirkan dan bukannya sebab usaha anda. Dalam ertikata lain, kurangnya keyakinan diri menyebabkan anda rasa tidak berhak menerima pencapaian itu, keadaan ini juga menghalang anda dari mendapatkan apa yang anda hajati.

Merendah Diri

Kebanyakan dari kita gemar bersikap negatif terhadap diri sendiri. Kemungkinan ini disebabkan teguran dan kritikan yang diperolehi semasa kecil. Kalau dahulu ramai yang menganggap, pujian tidak wajar di terima tapi kini ahli-ahli psikologi menyedari akan perlunya pujian sebagai penggalak dalam menghasilkan mutu kerja yang lebih baik.

Tanda-tanda Kurang Keyakinan Diri
1. Bercakap dalam keadaan berbisik, kalau menjerit pun tidaklah sekuat mana.
2. Bermain-main dengan hujung rambut atau tangan mengusik-usik barang kemas.
3. Duduk dalam keadaan lutut dirapatkan dan tangan menutup lutut.
4. Menaikkan bahu seolah-olah takut.
5. Bercakap dengan cepat atau terburu-buru sehingga orang lain langsung tidak faham.
6. Menyorokkan diri di sebalik buku atau suratkhabar.
7. Kelihatan hidup di dalam dunianya sendiri kerana tidak mempedulikan orang lain.

Keyakinan Diri Bermula Dalam Diri Anda
Bukan semua orang yakin pada diri sendiri sepenuhnya. Terdapat cara untuk menonjoklan imej diri. Jangan mudah putus asa dengan menganggap anda tidak mungkin memperolehi keyakinan diri. Sebenarnya semua imej diri dan membina keyakinan diri.


1. Mencapai sesuatu yang boleh meningkatkan diri anda.
Pastikan ia sesuatu yang boleh anda perolehi seperti belajar memandu atau mengambil lebih tanggungjawab di tempat kerja. Tapi jangan membebankan diri anda seperti berazam mengurangkan berat dengan banyak sekali ketika cuti kerana ia hanya akan mengecewakan anda sahaja.


2. Luahkan perasaan takut anda.
Menceritakan perasaan takut atau kebimbangan kepada kawan-kawan rapat dapat melegakan fikiran anda dan pasti kawan-kawan anda juga akan berbuat demikian.


3. Belajar dari pakar.
Cuba selidik kalau-kalau tempat belajar anda ada menyediakan kursus-kursus motivasi. Kursus sebegini akan mengajar anda menerima diri sendiri dan orang lain serta mengajar anda berusaha mencapai matlamat tanpa mengharapkan bantuan orang lain.


4. Latihan depan cermin.
Kita semua menggunakan cermin tapi tidak ramai yang benar-benar meneliti diri sendiri ketika bercermin. Latihan di depan cermin juga akan dapat membina keyakinan diri. Misalnya, ramai pelakon yang mengaku mereka lebih mudah menghayati watak jika berlatih di depan cermin. Untuk mengadakan di pentas atau menghadiri temuduga. Anda juga digalakkan membuat latihan di hadapan cermin agar tidak kekok dan lebih berkeyakinan.


5. Memerhatikan orang yang berkeyakinan dan berpengaruh
Terdapat segelintir masyarakat yang percaya dengan memerhatikan mereka yang nampak berkeyakinan, berpengaruh dan berjaya dalam hidup boleh dijadikan contoh untuk kita.


6. Mendapatkan feedback atau tindakbalas.
Tiada siapa tahu pencapaian diri mereka jika tidak diberitahu. Mungkin anda boleh bertanya kepada kawan-kawan atau guru atau majikan bagi mendapatkan feedback mengenai pekembangan diri anda.


7. Berfikiran positif.
Anda juga boleh melatih diri anda berfikiran positif dengan meyakinkan diri anda seorang yang bersemangat dan positif. Jadi elakkan dari mengatakan 'tidak' dan katakan 'boleh'. Lama kelamaan anda akan dapat meyakinkan diri anda sendiri.


8. Menghargai diri sendiri.
Jika anda mahu orang lain menghargai anda, anda sendiri perlu menghargai diri anda dahulu. Walaupun caranya bukan mudah terutama apabila segala yang anda lakukan menyebabkan orang lain marah.Ingatlah sebenarnya semua orang cuba bersikap sedemikian. Jangan biarkan perkara yang kecil berlarutan dan menjejaskan diri anda. Jadi, bersikap sederhana dan jangan merasa takut dengan orang lain. Ingatlah, nobody's perfect'. Terimalah segala dugaan, pencapaian dan pujian dengan sikap terbuka.

Dipetik dari: http://ownzbizz.blogstarz.my/?View=19042


EmoticonEmoticon