22 March 2009

Jana wang mudah sekelip mata

Jana wang mudah sekelip mata. Ya!! RM10,000 dalam 10 hari hanya dengan satu klik!!! Anda tak payah kerja kuat duit mengalir ke akaun anda walau pun anda sedang tidur…

Hati-hati dengan tawaran hebat seperti itu. Bagi yang baru berjinak-jinak dengan internet pasti akan sangat teruja dengan ayat yang begitu. Betul, memang ada Internet Markerter (IM) yang berpendapatan ribuan ringgit sebulan. Memang ramai nama-nama besar IM di Malaysia yang memang menjana pendapatan yang sangat lumayan walau pun mereka sedang tidur!!


Tapi bagi yang baru bermula jangan bermimpi untuk jana wang mudah sekelip mata jika anda tidak bermula dengan langkah yang betul. Kata orang kejayaan perjalanan beribu batu pastinya bermula dari langkah pertama. Tetapi langkah yang pertama itu mestilah dengan langkah yang betul .

Jangan tertipu dan terjerat dengan tawaran-tawaran hebat yang tidak masuk akal. Macam satu ketika dulu kita digemparkan dengan Swish Cash. memang ramai yang kaya tetapi lebih ramai yang papa kedana.

Untuk menjana pendapatan di internet tidaklah susah tetapi tidaklah semudah yang disangka.

Sekarang ini heboh pula dengan Forex. Dengar ceritanya lumayan dan yang paling pantas jana wang mudah!! Maka berbondong-bondonglah orang kita menerjah ke Forex tanpa ada ilmu yang mencukupi.

Satu hari saya ditanya bagai mana nak bank in duit ke Liberty (saya lupa perkataan hujungnya) untuk melabur di Forex. Manalah saya tahu sebab saya tidak berminat dengan pelaburan yang tidak diketahui hujung pangkalnya. Tapi mungkin juga kerana saya tidak ada ilmu dalam bidang itu.

Kenapa tidak ramai yang menerjah dalam bidang perubatan, misalnya?

Agaknya kerana bidang itu terpaksa mengambil masa bertahun-tahun untuk dipelajari dan memahirkan diri. Tapi kenapa pula Forex ni terlalu ramai yang “tergila-gila” . Sekali lagi jawapannya di sini bolej jana wang mudah sekelip mata.

Kononnya cukup dengan bayaran RM500 anda diajar menjadi Expertis!! itulah jawapannya mentelahan pula kita diimigenasikan dengan pendapatan lumayan yang berbongkol-bongkol!! hanya dengan mengadap PC.

Walau apa pun yang akan kita lakukan, rasanya eloklah penuhkan diri kita dengan ilmu yang mencukupi. Cubalah belajar dari IM yang genuine. Mereka ini sentiasa memberikan tunjuk ajar yang betul dan mengikut langkah demi langkah.

Belajarlah dari guru yang sebenar dan janalah pendapatan dengan cara yang sebenar.

Hampir tidak ada jana wang mudah sekelip mata jika kita tidak berusaha dengan bersungguh-sungguh tanpa jemu dan tetap beristiqamah dalam menambah ilmu perniagaan internet.

Bagi sesiapa yang nak bermula dan nak merasa keseronokkan mendapat pendapatan segera di internet dapatkan Panduan Mudah FTP tulisan SamatZul.

Ini betul-betul jana wang mudah.

Sumber: http://www.duitdanblog.com/

1 comment:

  1. rebut lah peluang utk menjana pendapatan anda dengan mudah

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon