22 March 2009

Cari Duit Online Sangat Susah !

Artikel ini aku jumpa di wangsyber.com di post oleh nickname pakar clickbank. Adalah baik aku kongsi dengan rakan-rakan lain yang cuba cari pendapatan internet.

Tajuk: Cari Duit Online Sangat Susah !

Ramai yang masih suka tanya soalan yang berbunyi bagaimana saya cari duit dalam dunia online dan sudah saya cuba banyak cara tetapi masih tidak berjaya ,saya sudah cukup sabar tetapi masih gagal ,bro so macam mana ? Boleh bagi sedikit rahsia ataupun panduan yang benar-benar rahsia ..Ini adalah antara soalan yang paling suka ditanya oleh member-member newbie ,tak apa tanya tu tak salah so apa kata saya bongkarkan rahsia yang lebih mendalam .

Untuk cari duit online perkara yang paling penting adalah ilmu dan juga usaha ,masa ,sabar ini semua korang sudah pun ketahui tetapi adakah korang pernah fikir lebih mendalam ? apa erti fikir lebih mendalam ? Saya akan kongsikan beberapa ciri yang penting ;

1) Masa -Soalan yang pertama adalah masa yang korang ruangkan dalam dunia online ,cuba korang fikir satu teori yang agak “dalam” jika anda satu hari cuma gunakan masa satu jam dalam dunia online tetapi harap dalam masa satu bulan akan mendatangkan hasil yang lumayan ,maka sorry bro sebab masa yang anda gunakan untuk promosi hanya berapa minit ? dalam dunia online promosi adalah satu perkara yang sangat penting mewakili jumlah 90% ,jadi adakah korang pernah tanya diri sendiri masa untuk promosi cukupkah ?

2) Promosi tapi tak berhasil-Ada yang kata saya satu hari promosi hingga 4 jam tetapi masih tak berhasil ,macam mana bro ,aku dah cukup promosi ,em…tentang masalah ini kita kena fikir beberapa perkara ,contoh kita ambil jual produk di clickbank ….

a) Adakah produk yang anda pilih itu menpunyai permintaan ? kalau tak kaji siasat langsung pilih produk dan promosi ,biarpun korang satu hari promosi 8 jam pun tak guna ,so sebelum promosi jangan kelam kabut buat promosi ,ruangkan masa yang lebih ,ye masa yang lebih untuk memilih produk ,kaji produk yang kita nak promosi adakah menpunyai pasaran ,produk ini mendapat sambutan yang baik ataupun tidak ? search di google apa review/komen orang yang telah gunakan produk ini ,apa pendapat mereka dan juga baca surat jualan produk itu adakah menarik ataupun kita sudah baca pun rasa nak tidur ,memang banyak soalan yang kita perlu fikirkan dan produk ini sesuai kita promosi di pasaran mana ?

b) selapas memilih produk maka seterusnya adalah cara promosi ,teknik dan ebook panduan promosi saya rasa korang dah banyak habis baca ,tetapi adakah korang pernah fikir sebab apa tak berjaya ,ok kita kaji lebih mendalam lagi ,sebab cara promosi kita salah ,sebab iklan kita ada masalah ,sebab salah tempat promosi ,so bagaimana mengatasi masalah ini ? senang saya bagi korang satu teknik cari ebook percuma yang memberikan cara kita teknik promosi dan gunakan semua cara -cara yang ditunjukkan ,erti saya mungkin kita baca satu ebook yang mendedahkan 100 cara promosi so kita boleh mula gunakan 5 cara untuk minggu pertama ,lihat apa yang terjadi kalau tak mendatangkan hasil so kita ganti lagi cara yang lain ,jangan semata -mata hanya menggunakan satu cara sahaja ,contoh bila kita memikat awek yang kita suka ,kalau cara ini tak dapat memikat kita guna cara yang lain ,betul kan ? selalu buat kaji siasat ..

c) Ada yang kata sudah memilih produk yang tepat dan cara promosi juga tepat tapi masih tak berhasil bagaimana bro ,nak tahu jawapan ? Senang sahaja biar saya jelaskan dengan satu cerita supaya korang senang faham ,contoh bila kita goreng nasi ,bila masa goreng kita ada simpan telur ataupun daging dan garam mungkin bila kita simpan garam sedikit sahaja lepas tu kita akan cuba rasa adakah cukup masin kalau tak cukup barulah tambah ,tak kan kita goreng nasi yang sedikit hanya cukup dua orang makan dan simpan satu bungkus garam betul tak ? dalam dunia online sama juga ,kalau kita sudah betul semua tak mungkin tidak berhasil mesti ada sesuatu yang tidak betul ,mungkin di bahagian iklan ataupun salah tempat jadi kena kaji siasat dari semasa hingga semasa .

3) Kesabaran-erti sabar bukan kata kita sabar sehingga satu tahun ataupun selalu kata pada diri sendiri aku kena sabar ,sebab dunia online mesti belajar sabar ,itu pemikiran yang salah dan tak logik ,erti sabar yang sebenarnya adalah kita perlu menentukkan masa untuk satu projek yang kecil contoh saya ingin mendapat komisen di Clickbank USD100 dalam masa 2 bulan ,dan dalam masa 2 bulan itu kita kena berusaha dan selalu kaji siasat ,teori ini macam juga bila kita tanam pokok pisang ,tak kan kita tanam dan biarkan begitu sahaja ,kita perlu jaga ,kalau ada rumput yang panjang kita perlu bersih dan simpan baja ,kemaskan sekeliling ,betul tak ?

Jadi bila korang fikir adakah cari duit adalah senang dalam dunia online ? terus terang tak senang sebab apa ? Sebab utama adalah kita perlu usaha ,perlu berfikir dan perlukan masa ,ini semua kita kena usaha betul tak ?Kalau sekadar begitu senang cari duit online maka semua sudah “terjun ” dalam dunia online tak ada orang tanam padi ,tak ada orang tangkap ikan dan tak ada tanam sayur ….so apa yang kita makan ?

Jadi jangan tanya senangkah cari duit online ,tanya pada diri sendiri adakah saya ingin berusaha dan percaya pada diri sendiri saya mesti boleh berjaya ,tetapi jika korang jawab yes maka syarat adalah usaha ,macam bila nak khawin dengan girlfriend kita ,orang tua tanya pada kita adakah sanggup cintai anak saya seumur hidup ,bila dah jawap yes so kenalah patuhi ………

Sumber: http://www.wangcyber.com/forum/perniagaan-internet/10888-cari-duit-online-sangat-susah.html

1 comment:

  1. Jika ada yang berminat
    17 hari lagi sebelum penyertaan ditutup
    klik sini

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon